JDT sasar hatrik piala Malaysia, Natxo Insa mungkin beraksi buat kali terakhir

KUALA LUMPUR – Final Piala Malaysia menentang Sri Pahang FC di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), malam esok, mungkin menjadi aksi penutup tirai buat ketua pasukan Johor Darul Ta\’zim (JDT), Natxo Insa.

Pemain berdarah kacukan Sepanyol-Malaysia itu, yang kini berusia 39 tahun, memberi bayangan untuk mengakhiri kariernya selepas tamat musim ini, dan menganggap kemenangan ke atas Tok Gajah serta menjulang trofi sebagai hadiah terbaik sebelum bersara.

\”Buat masa ini saya masih menikmati bola sepak secara kompetitif dan gembira berlatih setiap hari. Namun, kita semua tahu karier pemain ada penghujungnya. Saya mahu perlawanan esok menjadi detik istimewa buat pasukan,\” katanya dalam sidang media praperlawanan hari ini.

Natxo turut menegaskan bahawa skuad Harimau Selatan akan turun dengan segala kekuatan untuk mempertahankan kejuaraan dan tidak akan membiarkan trofi berprestij itu terlepas ke tangan lawan.

JDT kini dalam misi mencipta hatrik kejuaraan Piala Malaysia selepas memenanginya pada 2022 dan 2023. Musim lalu, skuad kendalian Esteban Solari itu mudah menewaskan Terengganu 3-1 hasil jaringan Bergson da Silva, Feroz Baharudin dan Arif Aiman Hanapi.

Jika berjaya malam esok, ia bukan sahaja menjadi penutup indah buat Natxo, malah mengukuhkan lagi dominasi JDT dalam arena bola sepak tempatan.

BACA JUGA:  UPNM cipta sejarah, tawar program penerbangan bersama IATAC
Jafnieza Jafri
Jafnieza Jafri
jafnieza@portalmyberita.com

TRENDING

Siti Nurhaliza terlibat kemalangan di lebuhraya MEX, cedera bengkak bahagian kaki

KUALA LUMPUR – Biduanita Negara, Siti Nurhaliza, terlibat dalam...

Adegan teater tidak selaras dengan skrip asal – UM

KUALA LUMPUR – Universiti Malaya (UM) memandang serius isu...

Walaupun hanya lakonan tapi ini dah melampau, teater universiti cetus perdebatan

KUALA LUMPUR – Satu pementasan teater di sebuah universiti...

Akaun palsu guna nama dan logo MYBERITA, orang ramai diminta berwaspada

KUALA LUMPUR - Portal berita MYBERITA memandang serius tindakan...

PMX balas hadiah duit raya dua beradik dengan iPad

TERENGGANU - Keikhlasan dua beradik yang menghadiahkan duit raya...