Tragedi UPSI: Pemilik \’dashcam\’ serah bukti dan tampil bantu siasatan

IPOH – Pemilik kamera papan pemuka (dashcam) yang merakam detik tragis kemalangan maut membabitkan 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Kilometer 53, Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Jeli-Gerik pada Isnin lalu telah tampil memberi kerjasama kepada pihak polis.

Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin berkata, pihaknya akan mengambil keterangan pemilik dashcam dalam masa terdekat bagi melengkapkan siasatan menyeluruh berhubung kejadian menyayat hati itu.

“Setakat ini, rakaman dashcam tersebut merupakan bukti utama yang kita peroleh dan keterangan pemiliknya akan membantu kita memahami dengan lebih jelas situasi sebenar sebelum kejadian.

“Dalam rakaman tersebut, jelas kelihatan bas berkenaan dipandu laju sebelum terbabas dan melanggar penghadang jalan yang menembusi masuk ke dalam bahagian hadapan bas, menyebabkan kematian mangsa,” katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik, Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) pada Isnin.

Sebelum ini, tular satu rakaman dashcam berdurasi 40 saat yang dimuat naik pengguna Facebook, Hanz Hanz, memaparkan sebuah bas berwarna hijau membawa pelajar UPSI memotong kenderaan di selekoh secara berbahaya sebelum hilang kawalan dan terbabas ke kiri jalan, lalu berlanggar dengan sebuah kereta Perodua Alza.

Dalam nahas kira-kira jam 1 pagi itu, 15 pelajar disahkan maut manakala selebihnya cedera dan kini sedang dirawat di beberapa hospital termasuk HRPB, Hospital Gerik, Hospital Taiping dan Hospital Baling.

Difahamkan, bas berkenaan dalam perjalanan dari Jerteh, Terengganu menuju ke kampus UPSI di Tanjung Malim bagi membawa pulang pelajar selepas tamat program luar kampus.

BACA JUGA:  Tragedi UPSI: 15 van jenazah konvoi sayu dari Terengganu ke Perak, doa mengiringi perjalanan
Jafnieza Jafri
Jafnieza Jafri
jafnieza@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...