Naim Daniel mengaku tak bersalah atas tuduhan amang seksual, bebas jaminan RM12,000

PUTRAJAYA – Pelakon dan penyanyi terkenal, Naim Daniel, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja perempuan berusia 17 tahun, bulan lalu.

Naim atau nama sebenarnya Muhammad Na’im Daniel Baharin, 28, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datin M Kunasundary.

Mengikut pertuduhan, selebriti itu didakwa melakukan amang seksual fizikal bagi tujuan seksual terhadap mangsa di sebuah hotel di Petaling Jaya, Selangor, pada jam 8.56 malam, 19 Mei lalu.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKKSTKK) 2017, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Izzah Shaharuddin menawarkan jaminan sebanyak RM15,000 dengan syarat tambahan termasuk pasport tertuduh diserahkan kepada mahkamah serta tidak mengganggu mangsa dan saksi pendakwaan dalam apa jua cara.

Peguam bela, Mohd Irwan Sumadi dan Amirul Ridzuan Hanif yang mewakili tertuduh memohon jaminan dikurangkan atas alasan anak guam mereka memberi kerjasama penuh sepanjang siasatan.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM12,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan seperti yang dicadangkan pihak pendakwaan. Kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 18 Ogos depan.

Terdahulu, MYBERITA melaporkan selebriti terbabit ditahan pada 3 Jun lalu berhubung kes amang seksual terhadap pelajar perempuan berusia 17 tahun. Difahamkan, suspek dan mangsa baru saling mengenali kira-kira dua bulan sebelum kejadian dan insiden di hotel itu dipercayai kali pertama mereka bertemu secara fizikal.

Bagaimanapun, selebriti berkenaan dibebaskan dengan jaminan polis selepas keterangannya diambil.

BACA JUGA:  Nasib ibu bapa Zayn Rayyan diketahui esok
Ahmad Naufal
Ahmad Naufal
ahmadnaufal@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...