Kes Titah Adendum Najib: Mahkamah Persekutuan umum keputusan 13 Ogos

KONGSI

KUALA LUMPUR – Mahkamah Persekutuan akan memutuskan pada 13 Ogos ini sama ada membenarkan rayuan Peguam Negara untuk menghalang Datuk Seri Najib Razak meneruskan prosiding semakan kehakiman berkaitan titah adendum yang didakwa membolehkan beliau menjalani baki hukuman penjara sebagai tahanan rumah.

Tarikh berkenaan disahkan peguam mewakili bekas Perdana Menteri, Muhammad Farhan Muhammad Shafee, kepada media hari ini.

Mahkamah tertinggi negara itu akan menentukan sama ada Peguam Negara dibenar mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan yang sebelum ini mengembalikan semakan kehakiman Najib ke Mahkamah Tinggi untuk perbicaraan.

ARTIKEL BERKAITAN