Yonnyboii dedah trauma buli di sekolah, hampir terjun tingkap

KUALA LUMPUR – Penyanyi terkenal, Yonnyboii atau nama sebenar Muhammad Haqeem Nuriman Nor Azrin, 27, mendedahkan pengalaman pahitnya menjadi mangsa buli ketika di bangku sekolah dan asrama yang meninggalkan kesan trauma hingga dewasa.

Dalam sesi temubual bersama stesen radio Hot FM, Yonnyboii berkongsi bagaimana dia pernah bertemu semula dengan pembuli lamanya, namun merasa kecewa kerana mereka tidak menunjukkan rasa insaf seolah-olah perbuatan itu tidak serius.

“Saya tak minta mereka mohon maaf, cuma sedih sebab mereka macam tak rasa bersalah langsung. Sampai mati saya akan ingat perkara ini, bukan untuk mengungkit, tapi ia kekal dalam ingatan,” katanya.

Penyanyi lagu Sakit itu menjelaskan pembuli biasanya mensasarkan individu yang lemah sebagai mangsa dan menganggap perbuatan mereka sebagai ‘bahan mainan’.

Lebih menyedihkan, sikap sambil lewa pihak sekolah dan warden asrama yang menganggap buli sebagai usikan biasa menyebabkan gejala ini berterusan dan menjadi seolah-olah ‘tradisi’.

“Saya senang dijadikan sasaran sebab saya lemah. Saya terpaksa berpindah beberapa sekolah akibat buli. Tapi apa yang paling menyedihkan, tiada tindakan serius kerana dianggap perkara biasa. Warden pun anggap itu cara budak-budak,” ujarnya.

Bapa kepada seorang anak itu berharap pihak berwajib mengambil serius masalah buli kerana kesannya boleh memberi trauma berkekalan hingga dewasa.

Sekitar lima tahun lalu, Yonnyboii pernah mendedahkan dia hampir terjun tingkap ketika berusia 12 tahun akibat diejek rakan yang memanggilnya ‘berkepala tabung’.

Baru-baru ini, kematian seorang pelajar di Sabah, Zara Qairina, yang didakwa akibat dibuli, turut mengejutkan rakyat Malaysia dan mencetuskan kesedaran masyarakat termasuk kalangan artis untuk menentang buli.

BACA JUGA:  Tun Musa Aman gesa siasatan adil buat Zara Qairina
Hazriena Hamdan
Hazriena Hamdan
hazriena@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...