Sukan SEA 2025: “Terima kasih semua yang mendoakan kejayaan saya” – Fakrul Afizul

BANGKOK – Pelari kebangsaan, Muhammad Fakrul Afizul Nasir, berkongsi pengalaman pahit manisnya pada penampilan sulungnya di Sukan SEA tahun ini apabila memberitahu pentingnya kekuatan mental dalam menghadapi cabaran.

Fakhrul mengakui prestasinya pada hari perlumbaan tidak mencapai kepuasan diri sendiri.

“Alhamdulillah, saya bersyukur dapat lari pada SEA Games kali ini. Namun, bagi saya, prestasi saya pada hari ini tidak berpuas hati,” katanya.

Pelari bagi acara 400 meter berpagar itu menjelaskan bahawa masalah yang dialaminya berlaku semasa memasuki pagar ke-7, apabila langkahnya mula terganggu dan prestasinya menurun.

“Step saya semakin kurang. Mungkin sebelum lari, target saya adalah pelari di lorong 8, dan saya harapkan dia ikut prestasi saya. Tetapi bila start, dia tak ada. Itu satu cabaran bagi saya,” katanya.

 “Insya-Allah untuk musim seterusnya, saya akan cuba lepas. Ini adalah pengalaman pertama saya di SEA Games di Malaysia, dan saya ambil sebagai pembelajaran,” tambahnya.

Dengan pengalaman sulung ini, Fakrul berharap dapat menambah baik prestasinya pada masa hadapan dan mencapai target peribadi untuk tahun ini.

BACA JUGA:  Lelaki rempuh lima kenderaan di KLIA ada 31 rekod jenayah lampau
Nabil Qodri
Nabil Qodri
nabilqodri@portalmyberita.com

TRENDING

Siti Nurhaliza terlibat kemalangan di lebuhraya MEX, cedera bengkak bahagian kaki

KUALA LUMPUR – Biduanita Negara, Siti Nurhaliza, terlibat dalam...

Adegan teater tidak selaras dengan skrip asal – UM

KUALA LUMPUR – Universiti Malaya (UM) memandang serius isu...

Walaupun hanya lakonan tapi ini dah melampau, teater universiti cetus perdebatan

KUALA LUMPUR – Satu pementasan teater di sebuah universiti...

Akaun palsu guna nama dan logo MYBERITA, orang ramai diminta berwaspada

KUALA LUMPUR - Portal berita MYBERITA memandang serius tindakan...

PMX balas hadiah duit raya dua beradik dengan iPad

TERENGGANU - Keikhlasan dua beradik yang menghadiahkan duit raya...