Sukan SEA 2025: Protes pantas Malaysia bawa kejayaan Izzul Irfan raih emas

BANGKOK – Keberanian dan kecekapan pasukan silat negara membalas tindakan kontroversi membuahkan hasil manis apabila pesilat negara, Muhammad Izzul Irfan Marzuki, menjuarai Kelas D Putra dengan kemenangan dramatik di Sukan SEA Thailand 2025, hari ini.

Perlawanan akhir menentang wakil tuan rumah, Peerapon Mitasarn, pada awalnya dilihat berpihak kepada Thailand apabila juri mengisytiharkan kemenangan 60-57 selepas mengambil kira satu tendangan Mitasarn pada saat-saat akhir.

Namun, tindakan pantas Setiausaha Agung Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka), Bibi Aishah Golbal Shah, mengemukakan protes rasmi terbukti berbaloi. Protes itu menekankan bahawa sepakan yang menyumbang mata kepada atlet Thailand dilakukan selepas gong penamat dibunyikan, jelas melanggar peraturan.

“Protes berjaya kerana pelanggaran (peraturan) dilakukan oleh atlet Thailand dan mata ditolak sepuluh,” kata Bibi ringkas.

Susulan pemotongan mata tersebut, keputusan akhir berubah kepada 57-50, sekali gus mengangkat Izzul Irfan sebagai pemenang emas, mengukuhkan dominasi Malaysia dalam acara silat di temasya dwitahunan itu.

BACA JUGA:  Malaysia perkukuh peranan ASEAN hadapi krisis tenaga global – Anwar
Raihan Hazizi
Raihan Hazizi
raihanhazizi@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...