Jumaat | 18/09/2026 | 7:27:55 pm
HomeGaya Hidup"Siapa berani sentuh sahabat saya?" - Fazura

“Siapa berani sentuh sahabat saya?” – Fazura

KUALA LUMPUR – Pelakon terkenal, Nur Fazura, 43, tampil mempertahankan sahabat rapatnya yang dikenali sebagai Chot selepas individu itu menerima kecaman bertubi-tubi di media sosial.

RINGKASAN BERITA
  • Menurut Fazura, Chot bukan sekadar sahabat, malah individu itu dianggap sebagai antara tulang belakang yang banyak membantunya, termasuk dalam menjaga anak perempuannya, Nur Fatima…
  • Fazura menulis perkara tersebut menerusi ruangan komen seorang pengguna media sosial di platform Threads.
  • Dalam masa sama, Fazura turut menasihatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati dalam menjaga kata-kata apabila bercakap mengenai orang lain.
  • Terdahulu, nama Chot menjadi bualan dalam kalangan pengguna media sosial yang mempersoalkan hubungan rapatnya bersama Fazura. -MYBERITA
Ringkasan automatik berdasarkan laporan MYBERITA.

Menurut Fazura, Chot bukan sekadar sahabat, malah individu itu dianggap sebagai antara tulang belakang yang banyak membantunya, termasuk dalam menjaga anak perempuannya, Nur Fatima Aisya.

“Dia sudah bersama saya selama 17 tahun. Menjaga Fatima dari dalam perut saya juga.

“Menjadi satu-satunya sosok ‘lelaki’ di dalam rumah saya selama ini yang ada sifat tanggungjawab belikan susu, lampin dan segala keperluan Fatima.

“Ganti mentol lampu hingga tolong tukar tayar kereta. Orang lain pun tak mampu nak buat,” katanya.

Fazura menulis perkara tersebut menerusi ruangan komen seorang pengguna media sosial di platform Threads.

Dalam masa sama, Fazura turut menasihatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati dalam menjaga kata-kata apabila bercakap mengenai orang lain.

“Bila Fatima sakit, Chot juga yang pandu kereta. Jadi hati-hati bila bercakap, jangan sampai akan makan diri sendiri pula,” ujarnya.

Terdahulu, nama Chot menjadi bualan dalam kalangan pengguna media sosial yang mempersoalkan hubungan rapatnya bersama Fazura. -MYBERITA

– MYBERITA

RELATED ARTICLES
- Iklan -

Most Popular

Jumaat, 18 September 2026 | --:--:-- pagi
CARI DI MYBERITA
TERKINI
Baru sahaja
|