Hidung pelajar 13 tahun berdarah lepas kena tampar, dituduh potong ‘que’

KUALA LUMPUR – Seorang pelajar lelaki tingkatan satu berusia 13 tahun mengalami kecederaan pada bahagian hidung selepas dipercayai ditampar seorang lelaki dalam kejadian di sebuah premis di Stesen LRT Pasar Seni, semalam.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sazalee Adam berkata, insiden itu berlaku kira-kira pukul 1.30 tengah hari ketika mangsa berada di premis berkenaan seorang diri, manakala ibu saudaranya menunggu di dalam kereta.

Menurut beliau, siasatan awal mendapati suspek lelaki berusia lingkungan 40-an bertindak menampar mangsa di bahagian muka sehingga menyebabkan kecederaan pada hidung.

“Suspek dipercayai menuduh mangsa memotong barisan. Namun, ketika kejadian mangsa merupakan pelanggan pertama dan tiada pelanggan lain di kaunter,” katanya dalam satu kenyataan.

Mangsa kemudiannya mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Lumpur dan disahkan mengalami kecederaan jenis soft tissue injury nasal lesion.

Kes kini disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Polis sedang giat mengesan suspek bagi membantu siasatan lanjut. – MYBERITA

BACA JUGA:  Tragedi UPSI: “Kami sempat makan mi tarik bersama, tak sangka itu kali terakhir saya bersama dia” - rakan Adib
Ezza Azira
Ezza Azira
ezza@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...