KUALA LUMPUR – Idea kreatif sebuah keluarga menyediakan money pocket duit raya yang boleh diimbas melalui skrin televisyen mencuri perhatian ramai selepas videonya tular di media sosial.
Menerusi perkongsian video tersebut, kelihatan tetamu hanya perlu mengimbas kod yang dipaparkan pada televisyen untuk mendapatkan duit raya yang disediakan tuan rumah.
Pendekatan itu dilihat lebih moden dan unik berbanding pemberian sampul duit raya secara tradisional, selain memudahkan urusan agihan kepada tetamu yang hadir beraya.
Difahamkan, inisiatif tersebut dilakukan bagi memeriahkan suasana Aidilfitri serta berkongsi rezeki dengan cara lebih kreatif dan mengikut peredaran teknologi semasa.
Meninjau ruangan komen, rata-rata warganet teruja dengan idea berkenaan, malah ada pengguna turut berkongsi jumlah duit raya yang berjaya diperoleh selepas mengimbas money pocket tersebut.
Perkongsian video itu terus mendapat perhatian ramai yang menyifatkan gelagat tersebut dapat menceriakan suasana Aidilfitri -MYBERITA

