Kesilapan bukan makna gagal, Abby Abadi titip nasihat untuk Marissa

KUALA LUMPUR – Pelakon Abby Abadi menitipkan nasihat buat anaknya, Marissa Dania Hakim agar tidak terlalu tertekan dengan kemelut rumah tangga yang sedang dihadapi susulan isu lafaz cerai dan rujuk bersama suaminya, Ahmad Aslam.

Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan berkata, setiap kesilapan yang berlaku bukan bermakna seseorang itu gagal, sebaliknya merupakan proses untuk menjadi insan lebih matang.

Menurutnya, Marissa juga perlu mengambil masa untuk menenangkan diri dan menghargai kehidupan yang dikurniakan Allah.

“Pusing-pusing dulu lihat keindahan bumi ciptaan Allah ini. Bagi peluang untuk diri berasa nikmat kehidupan yang Allah anugerahkan.

“Kalau hari ini adik belum faham erti hidup, tidak mengapa. Yang penting terus belajar dan jangan buat sesuatu sebab ramai buat, tetapi buat sesuatu yang memberi nilai dalam hidup,” katanya. 

Dalam pada itu, Abby menegaskan nilai kehidupan bukan terletak pada siapa paling hebat, sebaliknya pada ketenangan jiwa dan hati.

Malah, sebagai seorang ibu, dia percaya setiap kesilapan yang berlaku adalah sebahagian daripada proses pembelajaran dalam kehidupan.

“Nasihat mama, adik baru 20 tahun. Kesilapan itu bukan makna adik gagal, tetapi tanda sedang belajar menjadi manusia lebih baik dan matang,” ujarnya.

Terdahulu, kemelut rumah tangga Marissa menjadi perhatian selepas dia dan suaminya hadir ke Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bagi proses pengesahan lafaz cerai dan rujuk yang didakwa berlaku dua kali di luar mahkamah.

Peguam syarie mewakili Ahmad Aslam, Muhammad Ammar Yaser Ahmad Nazri sebelum ini memaklumkan permohonan pengesahan tersebut difailkan pada 10 Mac lalu bagi menentukan kesahihan lafaz cerai dan rujuk pasangan berkenaan.

BACA JUGA:  Farid Kamil, Diana Danielle sah cerai kali kedua

Perkongsian Abby itu dilihat sebagai kata-kata semangat buat Marissa agar terus kuat menghadapi ujian rumah tangga selain menjadikan pengalaman sebagai pengajaran dalam kehidupan. –MYBERITA

Syahirah Zakaria
Syahirah Zakaria
syahirahzakaria@portalmyberita.com

TRENDING

Suspek kes kurung, liwat remaja 14 tahun berjaya diberkas

KUALA LUMPUR - Pemburuan selama lima hari terhadap seorang...

Haroqs hanyutkan coklat ke laut demi anak-anak Gaza

KUALA LUMPUR - Pempengaruh media sosial, Muhammad Hareez Adzrami...

Tiada penyingkiran, Pak Azad & Amarra Sofea terselamat minggu kelima TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan Pak Azad dan Amarra Sofea...

‘Travel around the world’ warnai Hari Guru Sekolah Sultan Alam Shah 2026

PUTRAJAYA - Sambutan Hari Guru peringkat Sekolah Sultan Alam...

Aidiladha di Malaysia disambut 27 Mei ini

KUALA LUMPUR - Umat Islam di seluruh Malaysia akan...