Syameer Azmi, isteri tekad jadi ‘rumah paling selamat’ buat cahaya mata sulung

KUALA LUMPUR – Penyanyi Syameer Azmi kini bergelar bapa selepas isterinya, Nur Alia Syahira Zulkaffli, selamat melahirkan cahaya mata sulung pasangan itu yang diberi nama Sofea Heleena.

Perkhabaran gembira itu dikongsikan Syameer menerusi ciapan di Instagram miliknya baru-baru ini.

Tambah Syameer, beliau meluahkan tekad untuk menjadi pelindung utama kepada cahaya mata sulung mereka, di samping menzahirkan rasa syukur atas kelahiran itu serta berjanji untuk memberikan sepenuh kasih sayang dan perlindungan kepada anak mereka.

“Ya Allah, terima kasih kerana pinjamkan kami seorang insan kecil untuk disayangi seumur hidup. Selamat datang ke dunia anakku ‘Sofea Heleena’, mummy & daddy akan cuba jadi rumah paling selamat untuk kamu insya-Allah,” katanya.

Dalam pada itu, isterinya turut berkongsi detik penuh emosi apabila akhirnya dapat mendakap bayi sulung mereka selepas melalui sembilan bulan kehamilan.

“Alhamdulillah for everything, finally meeting those little kicks… My first born, it was you who made me a mom. Thank you for choosing me, my dearest Princess Sofea Heleena,” tulisnya.

Pasangan itu sebelum ini mendirikan rumah tangga pada 12 April tahun lalu dalam satu majlis akad nikah sederhana di Masjid Sultan Ridjaluddin, Kepala Batas, Kedah.

BACA JUGA:  Pelakon Along Eyzendy meninggal dunia lepas tiga hari bertarung nyawa
Adam Hafiz
Adam Hafiz
adamhafiz@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...