Kes Tikam Pelajar: Suspek direman empat hari

Kes Tikam Pelajar: Suspek direman empat hari
Perintah reman sehingga Jumaat itu dikeluarkan Majistret Maslinda Selamat di Mahkamah Telok Datok selepas permohonan dikemukakan pihak polis bagi melengkapkan siasatan.
KONGSI

BANTING – Remaja perempuan berusia 15 tahun yang disyaki menikam rakan sekolahnya sebanyak 16 kali di sebuah sekolah menengah di Banting direman selama empat hari bermula hari ini, sementara polis meneruskan siasatan termasuk mengenal pasti motif kejadian.

Perintah reman sehingga Jumaat itu dikeluarkan Majistret Maslinda Selamat di Mahkamah Telok Datok selepas permohonan dikemukakan pihak polis bagi melengkapkan siasatan.

Perkembangan kes itu turut mendedahkan bahawa suspek merupakan seorang Orang Kurang Upaya (OKU) dalam kategori autisme.

ARTIKEL BERKAITAN