Jumaat | 18/09/2026 | 7:33:10 pm
HomeGaya HidupSelangor pertimbang agih pelitup muka percuma kepada pelajar sekolah

Selangor pertimbang agih pelitup muka percuma kepada pelajar sekolah

SHAH ALAM – Pelajar sekolah di Selangor mungkin menerima pelitup muka kain secara percuma sebagai langkah menghadapi situasi jerebu yang dijangka berlarutan sehingga Oktober ini.

RINGKASAN BERITA
  • Exco Kesihatan Awam dan Alam Sekitar Selangor, Jamaliah Jamaluddin berkata, cadangan berkenaan sedang dibincangkan di peringkat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) dengan pelaksanaannya dicadang…
  • Menurutnya, pelitup muka jenis kain dipertimbangkan kerana boleh dicuci dan digunakan semula oleh pelajar sepanjang tempoh jerebu.
  • Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran inisiatif Hab Rakan Sokongan dan Talian Belia Sehat, hari ini.
  • Dalam perkembangan sama, Jamaliah berkata keadaan kualiti udara di Selangor dijangka menunjukkan peningkatan dalam beberapa hari akan datang berbanding minggu lalu.
Ringkasan automatik berdasarkan laporan MYBERITA.

Exco Kesihatan Awam dan Alam Sekitar Selangor, Jamaliah Jamaluddin berkata, cadangan berkenaan sedang dibincangkan di peringkat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) dengan pelaksanaannya dicadang dibuat secara sekali beri dan diedarkan secara berperingkat.

Menurutnya, pelitup muka jenis kain dipertimbangkan kerana boleh dicuci dan digunakan semula oleh pelajar sepanjang tempoh jerebu.

“Antara cadangannya ialah kita buat satu program secara one-off dengan mengedarkan topeng muka kain yang boleh dicuci dan dipakai semula,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran inisiatif Hab Rakan Sokongan dan Talian Belia Sehat, hari ini.

Dalam perkembangan sama, Jamaliah berkata keadaan kualiti udara di Selangor dijangka menunjukkan peningkatan dalam beberapa hari akan datang berbanding minggu lalu.

Bagaimanapun, setakat pagi tadi, enam kawasan di negeri itu masih merekodkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat.

Johan Setia mencatatkan bacaan tertinggi iaitu 196, diikuti Shah Alam (171), Banting (166), Petaling Jaya (163), Klang (160) dan Kuala Selangor (143).

Kerajaan negeri sebelum ini turut mengambil beberapa langkah susulan bagi mengurangkan risiko pendedahan orang ramai terhadap pencemaran udara ketika keadaan jerebu. – BERNAMA

RELATED ARTICLES
- Iklan -

Most Popular

Jumaat, 18 September 2026 | --:--:-- pagi
CARI DI MYBERITA
TERKINI
Baru sahaja
|