Selasa | 22/09/2026 | 2:21:53 am
HomePendidikanRM27, 000 bantu 9 pelajar IPT terjejas kebakaran Kampung Numbak

RM27, 000 bantu 9 pelajar IPT terjejas kebakaran Kampung Numbak

PETALING JAYA – Kesukaran sembilan pelajar institusi pendidikan tinggi (IPT) yang kehilangan tempat tinggal dan harta benda dalam kebakaran di Kampung Numbak, Menggatal, pada 30 Ogos lalu mendapat perhatian Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) apabila masing-masing menerima bantuan RM3,000.

RINGKASAN BERITA
  • Bantuan berjumlah keseluruhan RM27,000 menerusi Yayasan Perkasa Siswa (YPS) itu disalurkan sebagai bantuan awal bagi meringankan beban pelajar serta keluarga yang terjejas.
  • Kadir berkata, kesan musibah berkenaan bukan sahaja melibatkan kerugian harta benda, malah turut memberi tekanan emosi kepada mangsa.
  • Musibah ini bukan sahaja menyebabkan kehilangan harta benda, malah memberi kesan emosi kepada pelajar dan keluarga.
  • Menurut Zambry, IPT terlibat turut menyediakan bantuan susulan merangkumi penginapan, keperluan pembelajaran, sokongan kewangan serta khidmat psikososial mengikut keperluan pelajar.
Ringkasan automatik berdasarkan laporan MYBERITA.

Bantuan berjumlah keseluruhan RM27,000 menerusi Yayasan Perkasa Siswa (YPS) itu disalurkan sebagai bantuan awal bagi meringankan beban pelajar serta keluarga yang terjejas.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, kesan musibah berkenaan bukan sahaja melibatkan kerugian harta benda, malah turut memberi tekanan emosi kepada mangsa.

Musibah ini bukan sahaja menyebabkan kehilangan harta benda, malah memberi kesan emosi kepada pelajar dan keluarga.

“Kehadiran kami untuk memastikan mereka tidak berasa bersendirian ketika melalui saat yang sukar ini,” katanya ketika menziarahi keluarga pelajar terbabit hari ini.

Sembilan pelajar berkenaan menuntut di enam IPT iaitu Universiti Malaya (UM), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Universiti Malaysia Sabah (UMS), North Borneo University College, UNITAR Kota Kinabalu dan Goon International University College.

Menurut Zambry, IPT terlibat turut menyediakan bantuan susulan merangkumi penginapan, keperluan pembelajaran, sokongan kewangan serta khidmat psikososial mengikut keperluan pelajar.

Dalam kunjungan sama, beliau turut menziarahi dua bakal mahasiswa daripada keluarga yang berdepan kekangan kewangan dan bakal melanjutkan pengajian masing-masing di UMS serta Universiti Putra Malaysia (UPM).

KPT bersama YPS menyediakan bantuan kewangan kepada kedua-duanya, manakala UMS dan UPM membantu dalam urusan persediaan serta pendaftaran pengajian.

“Jangan biarkan masalah kewangan, kos perjalanan atau kekurangan persediaan menyebabkan mereka terpaksa melepaskan peluang melanjutkan pengajian,” katanya.

– KOSMO

RELATED ARTICLES
- Iklan -

Most Popular

Selasa, 22 September 2026 | --:--:-- pagi
CARI DI MYBERITA
TERKINI
Baru sahaja
|