Selasa | 22/09/2026 | 6:04:26 pm
HomeSemasa55 rakyat Malaysia masih hilang, Nepal janji teruskan pencarian

55 rakyat Malaysia masih hilang, Nepal janji teruskan pencarian

PETALING JAYA – Harapan keluarga 55 rakyat Malaysia yang masih belum ditemui susulan bencana banjir lumpur di Nepal terus diberi perhatian apabila Perdana Menteri Nepal, Balendra Shah memberi jaminan operasi pencarian akan diteruskan.

RINGKASAN BERITA
  • Jaminan itu disampaikan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi perbualan telefon pagi tadi, ketika keadaan di kawasan bencana dilaporkan masih sukar dan…
  • Anwar berkata, beliau turut membangkitkan kebimbangan keluarga mangsa yang masih menunggu perkembangan mengenai nasib insan tersayang.
  • Menurut Anwar, mekanisme berkenaan penting bagi membolehkan keluarga yang terkesan menguruskan urusan berkaitan undang-undang, kewangan dan pentadbiran sekiranya pencarian tidak menemukan mangsa.
  • Beliau berkata, cadangan tersebut akan diperincikan melalui surat rasmi yang akan dihantar kepada Balendra.
Ringkasan automatik berdasarkan laporan MYBERITA.

Jaminan itu disampaikan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi perbualan telefon pagi tadi, ketika keadaan di kawasan bencana dilaporkan masih sukar dan mencabar.

Anwar berkata, beliau turut membangkitkan kebimbangan keluarga mangsa yang masih menunggu perkembangan mengenai nasib insan tersayang.

“Dalam perbualan ini, saya menyampaikan keresahan dan harapan keluarga 55 rakyat Malaysia yang masih menantikan kepastian mengenai nasib insan tersayang.

“Saya turut membangkitkan keperluan mewujudkan suatu mekanisme rasmi sekiranya mangsa tidak dapat ditemukan dan proses pencarian tidak dapat memberikan kepastian,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Menurut Anwar, mekanisme berkenaan penting bagi membolehkan keluarga yang terkesan menguruskan urusan berkaitan undang-undang, kewangan dan pentadbiran sekiranya pencarian tidak menemukan mangsa.

Beliau berkata, cadangan tersebut akan diperincikan melalui surat rasmi yang akan dihantar kepada Balendra.

“Saya akan mengutus surat rasmi kepada PM Shah bagi memperincikan cadangan ini.

“Saya berharap segala ikhtiar yang digerakkan akan membuahkan hasil dan memberikan kepastian yang amat dinantikan, terutama buat keluarga kesemua 55 rakyat Malaysia yang masih belum ditemui,” katanya.

Dalam perbualan itu, Anwar turut menyampaikan simpati Malaysia kepada kerajaan dan rakyat Nepal susulan bencana dahsyat yang melanda negara berkenaan bulan lalu.

Beliau turut menghargai usaha kerajaan Nepal, pihak berkuasa serta pasukan penyelamat yang terus menjalankan operasi mencari mangsa dalam keadaan lapangan yang semakin mencabar.

Menurut Anwar, Balendra memaklumkan skala kemusnahan akibat banjir lumpur berkenaan amat besar dan keadaan di lokasi bencana masih rumit.

Perkembangan itu disampaikan Anwar sebelum beliau berlepas ke China pagi tadi.

– KOSMO!

RELATED ARTICLES
- Iklan -

Most Popular

Selasa, 22 September 2026 | --:--:-- pagi
CARI DI MYBERITA
TERKINI
Baru sahaja
|