NAGOYA – Impian skuad sepak takraw negara untuk menamatkan penantian 36 tahun tanpa emas acara regu berpasukan terus menyala selepas Malaysia mara ke separuh akhir Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 sebagai juara Kumpulan B.
- Tiket ke kelompok empat terbaik itu disahkan selepas anak buah Ahmad Jais Baharun menundukkan India 3-0 dalam aksi terakhir peringkat kumpulan di Nagoya City…
- Malaysia dijangka berdepan Indonesia atau Korea Selatan yang bersaing untuk muncul naib juara Kumpulan A pada aksi separuh akhir, Khamis ini.
- Regu pertama negara, Muhammad Zulkifli Abd Razak, Aidil Aiman Azwawi dan Muhammad Afifudin Razali, berdepan tentangan sengit sebelum mengatasi trio India 15-13, 11-15, 15-6.
- Muhammad Zarif Marican Ibrahim Marican, Amirul Zazwan Amir dan Muhammad Hafizul Hayazi Adnan kemudian melengkapkan kemenangan bersih negara menerusi keputusan 15-11, 15-5 ke atas…
Tiket ke kelompok empat terbaik itu disahkan selepas anak buah Ahmad Jais Baharun menundukkan India 3-0 dalam aksi terakhir peringkat kumpulan di Nagoya City Mizuho Arena, sebentar tadi.
Malaysia dijangka berdepan Indonesia atau Korea Selatan yang bersaing untuk muncul naib juara Kumpulan A pada aksi separuh akhir, Khamis ini.
Regu pertama negara, Muhammad Zulkifli Abd Razak, Aidil Aiman Azwawi dan Muhammad Afifudin Razali, berdepan tentangan sengit sebelum mengatasi trio India 15-13, 11-15, 15-6.
Kemenangan kedua disumbangkan Mohammad Syahir Mohd Rosdi, Farhan Adam dan Mohamad Azlan Alias yang menewaskan Lokhon Sigh Elangbam, Ram Kumar Sharma serta Henary Singh Wahengbam 15-9, 15-12.
Muhammad Zarif Marican Ibrahim Marican, Amirul Zazwan Amir dan Muhammad Hafizul Hayazi Adnan kemudian melengkapkan kemenangan bersih negara menerusi keputusan 15-11, 15-5 ke atas regu ketiga India.
Malaysia menamatkan saingan Kumpulan B dengan rekod sempurna selepas turut mencatat kemenangan 3-0 ke atas Jepun dan Filipina.
Skuad negara kini hanya selangkah daripada perlawanan akhir dalam misi meraih “emas pertama sejak 1990”, kali terakhir Malaysia menjuarai acara tersebut pada Sukan Asia Beijing. – Harian Metro
