Selasa | 22/09/2026 | 8:14:35 pm
HomeSemasaMasjid Zuhri siap dibina semula, Sultan Ibrahim berkenan tunai Solat Jumaat pertama

Masjid Zuhri siap dibina semula, Sultan Ibrahim berkenan tunai Solat Jumaat pertama

KUALA LUMPUR – Penduduk Pulau Aur kini menikmati kemudahan ibadah lebih selesa apabila Masjid Zuhri siap dibina semula, sekali gus mencatat sejarah dengan keberangkatan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim untuk menunaikan solat Jumaat pertama di masjid berkenaan.

RINGKASAN BERITA
  • Pembinaan semula dilakukan selepas struktur masjid lama mengalami kerosakan akibat faktor usia, selain masalah kebocoran pada bahagian bumbung.
  • Kedudukan Pulau Aur yang terpencil sebelum ini menyukarkan penduduk tempatan menjalankan kerja pembaikan terhadap bangunan masjid lama.
  • Prihatin terhadap keperluan masyarakat setempat, TETO Engineering Sdn.
  • Bhd. mewakafkan pembinaan semula Masjid Zuhri bagi menyediakan ruang ibadah lebih selesa dan sempurna kepada penduduk pulau itu serta kawasan sekitarnya.
Ringkasan automatik berdasarkan laporan MYBERITA.

Pembinaan semula dilakukan selepas struktur masjid lama mengalami kerosakan akibat faktor usia, selain masalah kebocoran pada bahagian bumbung.

Menurut hantaran Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Seri Paduka Baginda bertitah masjid baharu itu mampu menampung hampir 200 jemaah.

“Masjid baharu ini mampu menampung hampir 200 jemaah,” titah Baginda.

Kedudukan Pulau Aur yang terpencil sebelum ini menyukarkan penduduk tempatan menjalankan kerja pembaikan terhadap bangunan masjid lama.

Prihatin terhadap keperluan masyarakat setempat, TETO Engineering Sdn. Bhd. mewakafkan pembinaan semula Masjid Zuhri bagi menyediakan ruang ibadah lebih selesa dan sempurna kepada penduduk pulau itu serta kawasan sekitarnya.

Dalam perkembangan berasingan, Sultan Ibrahim turut berkenan menerima menghadap Mufti Johor, Datuk Yahya Ahmad di Istana Pasir Pelangi.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ), Datuk Mohd Radzi Mohd Amin dan Pengerusi TETO Engineering Sdn. Bhd., Datuk Mohd Zuhri Abdullah.

Pada sesi menghadap itu, Baginda turut berkenan menerima sembah taklimat berkaitan hal ehwal agama daripada Mufti Johor.

– KOSMO

RELATED ARTICLES
- Iklan -

Most Popular

Selasa, 22 September 2026 | --:--:-- pagi
CARI DI MYBERITA
TERKINI
Baru sahaja
|