Selasa | 22/09/2026 | 8:20:42 pm
HomeEkonomiElaun guru Kafa, imam dan siak Pulau Pinang naik mulai Oktober

Elaun guru Kafa, imam dan siak Pulau Pinang naik mulai Oktober

SEBERANG PERAI – Guru Kelas Agama dan Fardu Ain (Kafa), imam, bilal serta siak di Pulau Pinang bakal menikmati kadar elaun baharu mulai Oktober ini susulan kedudukan kutipan zakat negeri yang semakin kukuh.

RINGKASAN BERITA
  • Timbalan Ketua Menteri I merangkap Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Datuk Dr.
  • Mohamad Abdul Hamid berkata, guru Kafa menerima tambahan RM200 sebulan, menjadikan elaun ketua guru RM1,800 manakala guru Kafa biasa RM1,700.
  • Kenaikan terbaharu itu memerlukan tambahan peruntukan RM3.96 juta daripada sumber zakat, menjadikan jumlah komitmen tahunan untuk pembayaran elaun guru Kafa meningkat kepada RM11.19 juta.
  • Dalam masa sama, kerajaan negeri turut menambah peruntukan RM1.76 juta setahun bagi menyelaraskan elaun imam, bilal dan siak lantikan kerajaan negeri.
Ringkasan automatik berdasarkan laporan MYBERITA.

Timbalan Ketua Menteri I merangkap Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Datuk Dr. Mohamad Abdul Hamid berkata, guru Kafa menerima tambahan RM200 sebulan, menjadikan elaun ketua guru RM1,800 manakala guru Kafa biasa RM1,700.

Beliau berkata, pelarasan berkenaan merupakan kenaikan kali kedua bagi guru Kafa selepas kadar elaun mereka disemak pada Julai tahun lalu.

“Usaha meningkatkan kadar elaun setaraf dengan gaji minimum ini juga secara tidak langsung mencerminkan komitmen kerajaan negeri dalam memastikan kebajikan guru Kafa di seluruh Pulau Pinang,” katanya selepas merasmikan Majlis Perhimpunan Guru Kafa, Pegawai Masjid dan Siak Tahun 2026 di Seberang Jaya, di sini hari ini.

Kenaikan terbaharu itu memerlukan tambahan peruntukan RM3.96 juta daripada sumber zakat, menjadikan jumlah komitmen tahunan untuk pembayaran elaun guru Kafa meningkat kepada RM11.19 juta.

Dalam masa sama, kerajaan negeri turut menambah peruntukan RM1.76 juta setahun bagi menyelaraskan elaun imam, bilal dan siak lantikan kerajaan negeri.

Mulai Oktober, imam masjid pengurusan akan menerima tambahan RM400 sebulan, menjadikan kadar elaun baharu RM1,000.

Bilal dan siak pula masing-masing menerima peningkatan RM300, dengan kadar elaun baharu sebanyak RM800 sebulan. – KOSMO!

RELATED ARTICLES
- Iklan -

Most Popular

Selasa, 22 September 2026 | --:--:-- pagi
CARI DI MYBERITA
TERKINI
Baru sahaja
|