Ahad | 11/10/2026 | 9:24:06 pm
HomeGaya Hidup"Danish Rizqi ramai sayang kau", sahabat luah rasa rindu, sempat pesan jaga...

“Danish Rizqi ramai sayang kau”, sahabat luah rasa rindu, sempat pesan jaga solat

BANGI – “Saya rindu dia. Saya tak percaya yang dia dah tinggalkan saya”, demikian luahan Muhamad Akif Aiman Mohamad Zahari, 19, atau lebih mesra disapa Dy, yang masih sukar menerima hakikat pemergian sahabat baiknya, Allahyarham Muhamad Danish Rizqi Alias, yang maut selepas terlibat dalam kemalangan motosikal di Bangi Avenue, berhampiran Pangsapuri Adelia 1, pada 6 Oktober lalu.

Lebih memilukan, kedua-duanya sudah menjalin persahabatan sejak zaman persekolahan dan masih tinggal bersama di rumah sewa ketika melanjutkan pengajian.

Menerusi perkongsian bersama MYBERITA, Dy berkata, sehari sebelum kejadian, Allahyarham sempat mengajaknya menghadiri kelas bersama, selain merancang untuk menunggang motosikal, makan dan meluangkan masa bersama selepas selesai urusan pengajian.

RELATED ARTICLES
- Iklan -

Most Popular

Ahad, 11 Oktober 2026 | --:--:-- pagi
CARI DI MYBERITA
|