Fimie Don gagal rangkul trofi, namun bangga dapat kongsi pentas bersama ibu

KUALA LUMPUR – Penyanyi dan pelakon, Fimie Don tetap berlapang dada meskipun pulang tanpa sebarang kemenangan pada Anugerah Lagu Indie (ALI) 2025 yang berlangsung malam tadi.

Dalam penampilan sulungnya sebagai finalis di pentas ALI, Fimie atau nama sebenarnya Shafimie Saedon, 27, menyifatkan pencapaian tersebut sebagai satu kemenangan peribadi apabila diberi peluang berdiri sebaris dengan barisan pemuzik indie terbaik tanah air.

“Ini tahun pertama saya menghantar lagu dan terus mara ke pentas akhir. Itu sudah cukup besar buat saya. Ramai yang memberikan maklum balas positif terhadap persembahan saya. Saya anggap itu satu bentuk pengiktirafan,” katanya ketika ditemui MYBERITA selepas acara.

Menjadikan momen tersebut lebih istimewa, Fimie membawa ibunya naik ke pentas ketika membuat persembahan, sebagai tanda penghargaan kepada insan yang menjadi tulang belakang kejayaannya dalam bidang seni.

“Saya mahu semua orang tahu, satu-satunya sebab saya berada di atas pentas ini adalah kerana Mama. Kalau bukan kerana Mama, saya mungkin tidak akan berada di sini hari ini,” ujarnya sebak.

Menurut Fimie, ibunya pada awalnya enggan tampil di pentas namun akhirnya bersetuju selepas dipujuk dengan penuh termasuk janji kecil untuk membelikan coklat.

Persembahan Fimie turut disertai paparan gambar kenangan bersama ibunya dari kecil hingga dewasa sebagai simbolik kasih sayang seorang anak terhadap ibunya. Dalam lirik lagu yang dibawa, turut kedengaran bait menyentuh hati: “Mama jejak syurga.”

Dalam pada itu, Fimie memaklumkan beliau telah melaburkan lebih RM50,000 bagi menyiapkan albumnya yang melibatkan kos produksi, pencetakan dan pemasaran.

“Biarpun nilainya besar, saya tidak kesal kerana ia memberikan kepuasan kepada diri saya sebagai anak seni, juga kepada penonton dan Mama sendiri. Jika perlu, saya sanggup melabur lagi,” jelasnya.

Mengulas mengenai penangguhan konsert “Absolute Concert”, Fimie menyatakan beliau memahami keputusan penganjur dan menyokong penjadualan semula acara itu ke bulan Disember.

BACA JUGA:  WHO: Gaza menderita tanpa bantuan, kebuluran semakin ‘menggila’

“Kami sebagai artis faham bahawa ini merupakan konsert sulung mereka. Jadi lebih baik ditangguhkan demi memastikan kelancaran penganjuran,” katanya.

Ditanya mengenai gaya penulisan liriknya yang bersifat mendalam dan sarat dengan mesej, Fimie mengakui banyak mendapat bimbingan daripada penggiat teater, Khairul Nazwan Rozi dari Revolution Stage, serta inspirasi daripada penyanyi dan penulis lirik, Amir Jahari.

“Saya banyak belajar daripada dunia teater. Ia membentuk saya sebagai seorang pengkarya yang lebih peka. Kalau ada yang mahu belajar menulis atau membuat persembahan, saya sarankan cari Abang Nazwan dan sertai kelas Abang Amir,” tambahnya..

Adam Hafiz
Adam Hafiz
adamhafiz@portalmyberita.com

TRENDING

Janji nak bantu mekanik, tapi duit ‘gift’ TikTok pusing balik buat keluarga sendiri

KUALA LUMPUR - Niat murni seorang pemuda Cina untuk...

Nenek terlanggar ‘bumper’ kereta, tinggalkan duit RM206 dengan nota maaf

KUALA LUMPUR - Tindakan jujur seorang remaja meninggalkan wang...

Pelukis ‘tattoo’ dedah tolak pelanggan muslim, sanggup hilang untung

KUALA LUMPUR - Seorang artis tatu berbangsa Cina berkongsi...

Anak lekat nota untuk ibu sepanjang tunai haji, risau tengok bersendirian

KUALA LUMPUR – Kasih sayang anak-anak terhadap ibu terserlah...

Siti Nurhaliza terlibat kemalangan di lebuhraya MEX, cedera bengkak bahagian kaki

KUALA LUMPUR – Biduanita Negara, Siti Nurhaliza, terlibat dalam...