Bas ekspres terbabas, lapan penumpang cedera

Nfl jerseys In addition to our cheap NFL jerseys wholesale jerseys, we also offer wholesale custom NFL jerseys. Our custom jerseys can be designed to your exact specifications, including team logos, player names and numbers, and even custom designs. Our commitment to customer service means that our friendly and knowledgeable staff are always here to help you with any questions or concerns you may have. Welcome to our online shop specializing in cheap NFL jerseys! We are proud to offer a wide selection of high-quality jerseys at affordable prices. Whether you’re a die-hard fan of your favorite team or just looking for a great deal, our shop has something for everyone wholesale nfl jerseys.
REMBAU – Lapan penumpang cedera selepas sebuah bas ekspres yang membawa 39 penumpang dan seorang pemandu terbabas di Kilometer 245.5 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara, awal pagi tadi.
Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sembilan dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada pukul 6.01 pagi sebelum mengerahkan pasukan penyelamat ke lokasi.
Menurut Komander Operasi, PBK II Amer Izham Mokthar, bas tersebut membawa 28 penumpang wanita dan 12 penumpang lelaki dewasa.
“Enam mangsa wanita dewasa mengalami kecederaan ringan dan telah diberikan rawatan awal oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) serta anggota Unit EMRS JBPM,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau turut memaklumkan bahawa dua lelaki yang mengalami kecederaan telah dihantar ke Hospital Tuanku Ja\’afar, Seremban untuk rawatan lanjut.
Operasi menyelamat membabitkan enam balai bomba berhampiran iaitu Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Rembau, BBP Kota, BBP Tampin, BBP Senawang, BBP Seremban dan BBP Seremban 2, dengan kekuatan seramai 26 anggota.
“Kami menggerakkan dua jentera FRT, satu jentera LFRT, dua kenderaan EMRS dan satu kenderaan RRV bagi membantu operasi menyelamat,” tambahnya.
Operasi berjaya dikawal pada pukul 6.25 pagi dan ditamatkan sepenuhnya pada pukul 7.25 pagi.
Kes kini diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.
Sumber: JPBM Negeri Sembilan
– MYBERITA









