Keputusan UPKK 2024 boleh disemak mulai 20 Mac ini

Semakan keputusan boleh dilakukan oleh penjaga atau ibu bapa pada hari berkenaan bermula jam 2 petang.


PUTRAJAYA – Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) bagi tahun 2024 boleh disemak mulai 20 Mac 2025 melalui laman web rasmi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) di https://semakan.islam.gov.my/.
 
Ketua Pengarah Jakim, Datuk Dr. Sirajuddin Suhaimee berkata, semakan keputusan boleh dilakukan oleh ibu bapa atau penjaga bermula jam 2 petang pada hari berkenaan dengan menggunakan nombor MyKid dan nombor angka giliran calon.
 
\”Selain semakan dalam talian, ibu bapa atau penjaga juga boleh mendapatkan Slip Keputusan UPKK Tahun 2024 daripada sekolah masing-masing mulai 21 Mac 2025 bermula jam 9.30 pagi,\” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
 
Sementara itu, Majlis Pengumuman Keputusan UPKK Tahun 2024 akan disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar pada 20 Mac 2025, jam 12 tengah hari.
 
Ujian UPKK merupakan salah satu penilaian penting bagi murid-murid yang mengikuti pendidikan KAFA di seluruh negara, merangkumi pelbagai aspek pembelajaran agama Islam.
BACA JUGA:  Lebih 500 pelajar Pahang USM terima air bersih menjelang gangguan bekalan air esok
Aqilah Nadhirah
Aqilah Nadhirah
aqilahnadhirah@portalmyberita.com

TRENDING

Agong, Raja Permaisuri hargai kesabaran dan jasa guru

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan...

TARUNG: Unforgiven catat kutipan RM10.5 juta dalam seminggu tayang

KUALA LUMPUR - Filem aksi tempatan, TARUNG: Unforgiven terus...

Giliran Fazley Yaakob, Fariedz pula tersingkir konsert minggu keempat TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan bintang program realiti Talk To...

Kes hina Sultan Selangor, “Bukan tangkap hari ini, esok terus tuduh” – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang melengkapkan...

Kes gadis ditikam 61 kali, dakwaan suspek ada kaitan polis tidak benar – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri...