Sabtu | 19/09/2026 | 5:56:19 am
HomeJenayahLelaki 39 tahun ditahan polis, tumbuk hidung pelajar sehingga retak

Lelaki 39 tahun ditahan polis, tumbuk hidung pelajar sehingga retak

– MYBERITA

RINGKASAN BERITA
  • Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya menerima laporan daripada mangsa, seorang remaja lelaki berusia 17 tahun, pada pukul 9.24…
  • “Hasil siasatan awal mendapati punca kejadian adalah disebabkan selisih faham antara kedua-dua mereka.
  • Mangsa mengalami kecederaan retak tulang batang hidung akibat dipukul dan telah mendapatkan rawatan di Hospital Kajang.
  • Bertindak atas maklumat yang diperoleh, Naazron berkata, suspek yang bekerja sebagai penasihat agensi pelancongan berjaya ditahan pada pukul 9.50 malam bagi membantu siasatan.
Ringkasan automatik berdasarkan laporan MYBERITA.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya menerima laporan daripada mangsa, seorang remaja lelaki berusia 17 tahun, pada pukul 9.24 malam yang memaklumkan dia telah dipukul suspek kira-kira pukul 2.15 petang pada hari kejadian. (Tangkap layar video tular media sosial)


KAJANG – Seorang lelaki tempatan berusia 39 tahun ditahan selepas didakwa memukul seorang pelajar sekolah menengah dalam satu perselisihan faham di jalan raya berhampiran Saujana Impian, pada Jumaat.
 
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya menerima laporan daripada mangsa, seorang remaja lelaki berusia 17 tahun, pada pukul 9.24 malam yang memaklumkan dia telah dipukul suspek kira-kira pukul 2.15 petang pada hari kejadian.
 
“Hasil siasatan awal mendapati punca kejadian adalah disebabkan selisih faham antara kedua-dua mereka. Mangsa mengalami kecederaan retak tulang batang hidung akibat dipukul dan telah mendapatkan rawatan di Hospital Kajang.
 
“Pemeriksaan juga mendapati mangsa tidak mempunyai lesen memandu dan telah dikenakan saman trafik,” katanya dalam satu kenyataan, malam tadi.
 
Bertindak atas maklumat yang diperoleh, Naazron berkata, suspek yang bekerja sebagai penasihat agensi pelancongan berjaya ditahan pada pukul 9.50 malam bagi membantu siasatan.
 
Kes kini disiasat di bawah Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan parah dan Seksyen 279 Kanun Keseksaan kerana memandu secara melulu.
 
Beliau turut menggesa orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian untuk menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Chalart Cinda Eh Nem di talian 017-9825510 atau mana-mana balai polis berhampiran.
 
Sebelum ini, tular di media sosial mengenai kejadian seorang pelajar yang cedera selepas dipercayai ditumbuk berkali-kali oleh seorang pemandu akibat pertelingkahan di jalan raya.
 
Menurut satu hantaran di Facebook oleh Kamarul Mansor, insiden tersebut berlaku selepas solat Jumaat di Saujana Impian, Kajang, tengah hari semalam.
Aqilah Nadhirah
Aqilah Nadhirah
Sebahagian daripada pasukan berita MYBERITA yang bertanggungjawab menghasilkan kandungan informatif untuk pembaca digital.
RELATED ARTICLES
- Iklan -

Most Popular

Sabtu, 19 September 2026 | --:--:-- pagi
CARI DI MYBERITA
TERKINI
Baru sahaja
|