RINGKASAN BERITA
- Ketua Polis Daerah Padawan, Superintendan Mohd Irwan Hafiz Md Radzi berkata, seorang pemandu wanita telah menunjukkan isyarat jari tengah kepada seorang pemandu lelaki tempatan…
- “Pemandu wanita yang dimaksudkan oleh pengadu telah dikenal pasti.
- Beliau menambah, pihaknya juga telah menerima laporan daripada remaja lelaki berusia 18 tahun terbabit semalam.
- Pihaknya sudah mengenal pasti suspek yang memandu kereta Myvi berwarna putih berkenaan dan kes disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan.
Ringkasan automatik berdasarkan laporan MYBERITA.
KUCHING – Polis membuka kertas siasatan terhadap seorang wanita yang didakwa menunjukkan isyarat lucah ketika memandu di Jalan Batu Kawa, Kuching, pada 15 Mac lalu.
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintendan Mohd Irwan Hafiz Md Radzi berkata, seorang pemandu wanita telah menunjukkan isyarat jari tengah kepada seorang pemandu lelaki tempatan berusia 18 tahun ketika memandu sekitar jam 4.46 petang pada 15 Mac.

