Dua beradik maut disyaki langgar lampu merah

JOHOR BAHRU – Dua beradik maut dalam kemalangan melibatkan sebuah motosikal dan kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Estima di lampu isyarat Simpang Empat Felda Ulu Tebrau, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd Sohaimi Ishak berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 9.50 malam ketika mangsa, seorang remaja lelaki berusia 15 tahun yang menunggang motosikal Honda bersama kakaknya berusia 20 tahun, sedang dalam perjalanan dari arah Jalan Ledang menuju ke Felda Ulu Tebrau.

“Siasatan awal mendapati motosikal yang ditunggang mangsa membelok ke kanan ketika lampu isyarat merah, lalu menyebabkan kemalangan dengan sebuah Toyota Estima yang datang dari arah bertentangan dan sedang melalui lampu isyarat hijau,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau, pemandu MPV berusia 40 tahun itu tidak sempat mengelak dan melanggar bahagian kanan motosikal, menyebabkan kedua-dua mangsa tercampak ke laluan bertentangan.

“Kedua-dua mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” ujarnya.

Mohd Sohaimi turut memaklumkan bahawa penunggang motosikal tidak mempunyai lesen memandu dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Beliau menasihati orang ramai agar sentiasa mematuhi undang-undang jalan raya serta mematuhi lampu isyarat bagi mengelakkan kemalangan.

“Saksi kejadian yang mempunyai maklumat diminta menghubungi pihak polis di talian 07-3864222 bagi membantu siasatan,” katanya.

BACA JUGA:  Pertemuan terakhir bersama Awie, tak sangka jadi kenangan kekal - Fadzli Mohamad
Ahmad Naufal
Ahmad Naufal
ahmadnaufal@portalmyberita.com

TRENDING

Giliran Fazley Yaakob, Fariedz pula tersingkir konsert minggu keempat TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan bintang program realiti Talk To...

Kes hina Sultan Selangor, “Bukan tangkap hari ini, esok terus tuduh” – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang melengkapkan...

Kes gadis ditikam 61 kali, dakwaan suspek ada kaitan polis tidak benar – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri...

KJ cadang GST dikembalikan, nama ‘Madani Tax’ pun boleh

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berpandangan...

Malaysia perkukuh peranan ASEAN hadapi krisis tenaga global – Anwar

KUALA LUMPUR - Malaysia terus komited memperkukuh peranan dalam...