Bacaan oksigen \’drop\’ dan demam panas, Ahli Parlimen Pulai kini dirawat di ICU

JOHOR BAHRU – Ahli Parlimen Pulai, Suhaizan Kayat kini sedang menerima rawatan di Wad Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Columbia Asia di sini selepas mengalami demam panas dan penurunan tahap oksigen dalam badan, malam tadi.

Menurut Pembantu Peribadinya, Mohamad Nizam Junait, Suhaizan dikejarkan ke hospital kira-kira jam 11 malam selepas suhu badannya meningkat secara mendadak.

“Malam tadi tahap oksigen dalam tubuhnya juga jatuh, menyebabkan beliau kini dirawat di ICU sejak 11 malam tadi.

“Keadaan beliau stabil dan semakin baik pagi ini namun masih ditempatkan di ICU untuk pemantauan rapi,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Suhaizan, 51, memenangi kerusi Parlimen Pulai dalam Pilihan Raya Kecil pada 9 September 2023 setelah memperoleh 48,283 undi menewaskan calon Perikatan Nasional, Zulkifli Jaafar dan calon Bebas, Samsudin Mohamad Fauzi.

Setakat ini, pihak hospital belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung tahap kesihatan beliau. Orang ramai diminta mendoakan agar beliau segera sembuh dan kembali bertugas seperti biasa.

BACA JUGA:  Muaz J akui masih bujang, \'saya dah buat live 3 tahun tapi tak jumpa calon\'
Aqilah Nadhirah
Aqilah Nadhirah
aqilahnadhirah@portalmyberita.com

TRENDING

Suspek kes kurung, liwat remaja 14 tahun berjaya diberkas

KUALA LUMPUR - Pemburuan selama lima hari terhadap seorang...

Haroqs hanyutkan coklat ke laut demi anak-anak Gaza

KUALA LUMPUR - Pempengaruh media sosial, Muhammad Hareez Adzrami...

Tiada penyingkiran, Pak Azad & Amarra Sofea terselamat minggu kelima TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan Pak Azad dan Amarra Sofea...

‘Travel around the world’ warnai Hari Guru Sekolah Sultan Alam Shah 2026

PUTRAJAYA - Sambutan Hari Guru peringkat Sekolah Sultan Alam...

Aidiladha di Malaysia disambut 27 Mei ini

KUALA LUMPUR - Umat Islam di seluruh Malaysia akan...