Jumaat | 18/09/2026 | 7:52:14 pm
HomeNasionalBacaan oksigen 'drop' dan demam panas, Ahli Parlimen Pulai kini dirawat di...

Bacaan oksigen \’drop\’ dan demam panas, Ahli Parlimen Pulai kini dirawat di ICU

JOHOR BAHRU – Ahli Parlimen Pulai, Suhaizan Kayat kini sedang menerima rawatan di Wad Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Columbia Asia di sini selepas mengalami demam panas dan penurunan tahap oksigen dalam badan, malam tadi.

RINGKASAN BERITA
  • Menurut Pembantu Peribadinya, Mohamad Nizam Junait, Suhaizan dikejarkan ke hospital kira-kira jam 11 malam selepas suhu badannya meningkat secara mendadak.
  • Suhaizan, 51, memenangi kerusi Parlimen Pulai dalam Pilihan Raya Kecil pada 9 September 2023 setelah memperoleh 48,283 undi menewaskan calon Perikatan Nasional, Zulkifli Jaafar…
  • Setakat ini, pihak hospital belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung tahap kesihatan beliau.
  • Orang ramai diminta mendoakan agar beliau segera sembuh dan kembali bertugas seperti biasa.
Ringkasan automatik berdasarkan laporan MYBERITA.

Menurut Pembantu Peribadinya, Mohamad Nizam Junait, Suhaizan dikejarkan ke hospital kira-kira jam 11 malam selepas suhu badannya meningkat secara mendadak.

“Malam tadi tahap oksigen dalam tubuhnya juga jatuh, menyebabkan beliau kini dirawat di ICU sejak 11 malam tadi.

“Keadaan beliau stabil dan semakin baik pagi ini namun masih ditempatkan di ICU untuk pemantauan rapi,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Suhaizan, 51, memenangi kerusi Parlimen Pulai dalam Pilihan Raya Kecil pada 9 September 2023 setelah memperoleh 48,283 undi menewaskan calon Perikatan Nasional, Zulkifli Jaafar dan calon Bebas, Samsudin Mohamad Fauzi.

Setakat ini, pihak hospital belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung tahap kesihatan beliau. Orang ramai diminta mendoakan agar beliau segera sembuh dan kembali bertugas seperti biasa. – MYBERITA

Aqilah Nadhirah
Aqilah Nadhirah
Sebahagian daripada pasukan berita MYBERITA yang bertanggungjawab menghasilkan kandungan informatif untuk pembaca digital.
RELATED ARTICLES
- Iklan -

Most Popular

Jumaat, 18 September 2026 | --:--:-- pagi
CARI DI MYBERITA
TERKINI
Baru sahaja
|