Rangka manusia ditemui di ladang kelapa sawit

SLIM RIVER – Polis mengesahkan penemuan satu rangka manusia di sebuah ladang kelapa sawit di Ladang Bukit Besout, Jalan Kuala Slim, di sini, pada Ahad lepas.

Ketua Polis Daerah Muallim, Superintenden Mohd Hasni Mohd Nasir berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam mengenai penemuan itu pada jam 5.13 petang.

“Hasil siasatan yang dijalankan di lokasi kejadian dengan bantuan Unit Anjing Pengesan (K9) Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya menemukan hampir keseluruhan rangka manusia tersebut, kecuali kedua-dua tapak tangan,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Menurut beliau, rangka berkenaan telah dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh, untuk proses bedah siasat bagi mengenal pasti identiti dan punca kematian.

“Kes ini diklasifikasikan sebagai laporan mati mengejut (SDR) sehingga keputusan bedah siasat diperoleh,” katanya lagi.

Dalam pada itu, beliau turut menyeru orang ramai yang kehilangan ahli keluarga, saudara-mara, rakan atau kenalan agar tampil menyalurkan maklumat bagi membantu siasatan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Muallim atau balai polis berhampiran.

BACA JUGA:  Tiada unsur penderaan dalam kematian Allahyarham Syamsul Haris – MINDEF
Aqilah Khaider
Aqilah Khaider
aqilahkhaider@portalmyberita.com

TRENDING

Siti Nurhaliza terlibat kemalangan di lebuhraya MEX, cedera bengkak bahagian kaki

KUALA LUMPUR – Biduanita Negara, Siti Nurhaliza, terlibat dalam...

Adegan teater tidak selaras dengan skrip asal – UM

KUALA LUMPUR – Universiti Malaya (UM) memandang serius isu...

Walaupun hanya lakonan tapi ini dah melampau, teater universiti cetus perdebatan

KUALA LUMPUR – Satu pementasan teater di sebuah universiti...

Akaun palsu guna nama dan logo MYBERITA, orang ramai diminta berwaspada

KUALA LUMPUR - Portal berita MYBERITA memandang serius tindakan...

PMX balas hadiah duit raya dua beradik dengan iPad

TERENGGANU - Keikhlasan dua beradik yang menghadiahkan duit raya...