Mekyun dedah aktiviti jijik pedofilia di media sosial, gambar budak sekolah dijadikan bahan lucah

KUALA LUMPUR – Pempengaruh media sosial, Mekyun atau nama sebenarnya Wee Yun Nee, 28, meluahkan rasa kecewa, jijik dan marah selepas mendapati wujudnya sebuah kumpulan tidak bermoral di Facebook yang menjadikan gambar kanak-kanak sekolah rendah sebagai bahan fantasi seksual.

Dalam satu hantaran tegas di media sosial, Mekyun menyifatkan tindakan segelintir individu yang bernafsu terhadap kanak-kanak sebagai satu jenayah menjijikkan yang tidak boleh dimaafkan.

“Benda ni bukan lawak. Ini jenayah. Ini penyakit. Ramai sangat budak-budak jadi mangsa dan trauma seumur hidup,” luahnya dengan penuh emosi.

Beliau turut menyeru orang ramai agar segera melaporkan kumpulan yang dikenali sebagai “Budak2 Sek Rendah” kepada pihak berkuasa dan Facebook, sambil menegaskan bahawa tindakan seperti itu melanggar batas kemanusiaan serta undang-undang negara.

Mekyun mendedahkan bahawa dirinya juga antara individu yang gambarnya pernah dimanipulasi dan digunakan dalam kumpulan berkenaan. Beliau menekankan kepentingan untuk tidak berdiam diri apabila berhadapan dengan kegiatan tidak bermoral seperti ini.

“Kita kena bersuara. Kita kena lawan. Lindungi budak-budak ini. Lindungi anak-anak kita. Jangan tunggu sampai terlambat,” tegasnya.

Hasil tindakan kolektif para pengguna media sosial yang turut melaporkan akaun kumpulan berkenaan, Mekyun memaklumkan bahawa kumpulan tersebut telah berjaya dipadamkan dari platform Facebook. Namun, beliau memberi amaran bahawa masih banyak lagi kumpulan serupa yang beroperasi secara senyap di platform lain.

“Pedofil ini tengah berselindung depan mata. Jangan sesekali anggap ini sekadar ‘perangai pelik’. Ini adalah jenayah dan tidak boleh diterima sama sekali,” katanya.

Menurut Mekyun, beliau juga telah menghubungi pihak berkuasa dan siasatan kini sedang dijalankan. Beliau berikrar akan terus bersuara demi keadilan dan keselamatan kanak-kanak.

BACA JUGA:  Agong terima menghadap PM Anwar di Istana Negara pagi ini

“Ini bukan isu kecil. Ini soal keselamatan anak-anak kita dan maruah komuniti. Kalau benda begini berlaku lagi, Mekyun tetap akan bersuara. Keadilan mesti ditegakkan,” tambahnya.

Tindakan berani Mekyun mendapat pujian dan sokongan daripada ribuan netizen yang mendesak agar pihak berwajib memperketat pemantauan serta mengambil tindakan lebih agresif bagi membanteras budaya jijik pedofilia yang semakin menular di media sosial.

Jafnieza Jafri
Jafnieza Jafri
jafnieza@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...