Iran lulus cadangan tutup Selat Hormuz, dunia berdepan ancaman krisis minyak

TEHRAN – Parlimen Iran meluluskan cadangan untuk menutup Selat Hormuz kepada laluan perkapalan sebagai tindak balas terhadap serangan tentera Amerika Syarikat (AS) ke atas tiga kemudahan nuklear negara itu baru-baru ini, menurut laporan agensi berita Anadolu.

Anggota Suruhanjaya Keselamatan Negara Parlimen Iran, Mejar Jeneral Esmaeil Kowsari berkata, keputusan itu dicapai selepas perbincangan serius dalam sidang Parlimen semalam.

“Parlimen mencapai persetujuan bahawa Selat Hormuz perlu ditutup,” katanya seperti dilaporkan oleh stesen penyiaran Press TV.

Namun begitu, Kowsari menjelaskan bahawa keputusan muktamad untuk melaksanakan penutupan tersebut masih tertakluk kepada pertimbangan Majlis Keselamatan Negara Tertinggi Iran.

Selat Hormuz, yang memisahkan Iran dan Oman, merupakan laluan paling penting di dunia untuk penghantaran petroleum, dengan kira-kira 30 peratus eksport minyak global melalui laluan sempit itu. Ia menjadi saluran utama bagi eksport minyak dan gas asli cecair dari negara-negara Teluk ke pasaran global.

Tindakan ini dibuat susulan serangan udara AS ke atas kemudahan nuklear Iran di Fordow, Natanz dan Isfahan yang diumumkan Presiden AS, Donald Trump kelmarin, sekali gus meningkatkan ketegangan serantau.

Menteri Luar Iran, Abbas Araghchi berkata Tehran sedang mempertimbangkan pelbagai langkah balas, termasuk kemungkinan menutup Selat Hormuz atau menyerang pangkalan tentera AS di rantau itu.

Menurut penganalisis CNN, Barak Ravid, sekiranya Iran melaksanakan penutupan Selat Hormuz, ia mampu memberi kesan besar kepada aliran minyak global dan mencetuskan krisis tenaga dunia.

Buat masa ini, tiada gangguan ketara terhadap eksport minyak, namun situasi ini terus menjadi perhatian global berikutan kebimbangan terhadap kestabilan dan keselamatan perkapalan antarabangsa di rantau Teluk.

BACA JUGA:  Ustaz Kazim Elias belum boleh terima pelawat, keluarga minta orang ramai terus titip doa
Jafnieza Jafri
Jafnieza Jafri
jafnieza@portalmyberita.com

TRENDING

Giliran Fazley Yaakob, Fariedz pula tersingkir konsert minggu keempat TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan bintang program realiti Talk To...

Kes hina Sultan Selangor, “Bukan tangkap hari ini, esok terus tuduh” – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang melengkapkan...

Kes gadis ditikam 61 kali, dakwaan suspek ada kaitan polis tidak benar – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri...

KJ cadang GST dikembalikan, nama ‘Madani Tax’ pun boleh

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berpandangan...

Malaysia perkukuh peranan ASEAN hadapi krisis tenaga global – Anwar

KUALA LUMPUR - Malaysia terus komited memperkukuh peranan dalam...