Khamis | 15/10/2026 | 10:45:43 pm
HomeNasionalSultan Ibrahim catat sejarah sebagai ketua negara pertama lawat Russia

Sultan Ibrahim catat sejarah sebagai ketua negara pertama lawat Russia

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan untuk berangkat mengadakan Lawatan Negara ke Persekutuan Russia dari 5 hingga 10 Ogos ini, atas jemputan rasmi Presiden Persekutuan Russia, Tuan Yang Terutama Vladimir V. Putin.

Menurut kenyataan dikeluarkan Istana Negara hari ini, Seri Paduka Baginda melakar sejarah sebagai Ketua Negara Malaysia yang pertama mengadakan Lawatan Negara ke Russia sejak terjalinnya hubungan diplomatik antara kedua-dua negara pada tahun 1967.

“Lawatan ini bukan sahaja melambangkan hubungan dua hala yang semakin erat, bahkan memperkukuh lagi peranan penting Institusi Diraja Malaysia sebagai pemacu diplomasi negara,” menurut kenyataan tersebut.

Wartawan MYBERITA
Wartawan MYBERITAhttps://portalmyberita.com/
Wartawan MYBERITA membawakan laporan berita semasa, nasional dan perkembangan terkini dari seluruh Malaysia dengan penyampaian yang pantas, tepat dan mudah difahami.
RELATED ARTICLES
- Iklan -

Most Popular

Khamis, 15 Oktober 2026 | --:--:-- pagi
CARI DI MYBERITA
|