Hamil empat bulan, “bukan nak sorok, cuma tunggu masa sesuai” – Siti Saleha

KONGSI

PUTRAJAYA – Pelakon terkenal, Siti Saleha akhirnya mengesahkan dirinya sedang hamil empat bulan selepas sekian lama menyimpan berita itu daripada pengetahuan umum.

Berkongsi khabar gembira itu kepada pihak media selepas menghadiri Anugerah Melodi Terhangat (AMT) 2025 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Saleha berkata, dia tidak berniat untuk merahsiakan kehamilan tersebut, sebaliknya hanya menunggu masa yang sesuai untuk mengumumkannya.

“Sebenarnya kami memang rancang nak kongsi selepas balik dari Bali. Tapi tak sangka pula ada yang perasan perubahan fizikal saya ketika menghadiri satu majlis sebelum ke sana. Bila media tanya, saya jadi tergamam,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN