[VIDEO] Murid tabika cedera dilanggar van sekolah depan rumah

SEREMBAN â€“ Seorang murid tabika lelaki berusia enam tahun cedera selepas dilanggar van sekolah yang dinaikinya sendiri di hadapan rumahnya di Taman Mantau Indah 3, di sini, Isnin lalu.

Menurut sumber, kejadian berlaku kira-kira pukul 11.50 pagi ketika mangsa sedang dihantar pulang oleh pemandu van berkenaan, seorang wanita berusia lingkungan 30-an.

“Sebaik mangsa turun dari kenderaan dan berjalan di hadapan van sekolah tersebut, pemandu dipercayai tidak menyedari kehadiran mangsa lalu melanggar kanak-kanak itu hingga terjatuh,” katanya.

@insp_nidzam

KEJADIAN DI TAMAN MANTAU INDAH 3, SEREMBAN 2. BERLAKU BUKAN PADA ORANG LAIN TAPI ANAK@BUAH SAYA SENDIRI. TUNGGU PART 2 APA YANG BERLAKU

â™Ĵ som original – No-Copy Soundtracks

Akibat kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan di bahagian kepala serta calar-calar di kaki dan tangan. Mangsa kemudiannya dikejarkan ke Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) di Seremban untuk menerima rawatan lanjut.

Pemandu van bagaimanapun dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan. Kes berkenaan kini dalam siasatan pihak berkuasa bagi menentukan punca sebenar kejadian.

BACA JUGA:  Caprice minta PDRM, SKMM siasat penyanyi lelaki promosi jual video lucah
Raihan Hazizi
Raihan Hazizi
raihanhazizi@portalmyberita.com

TRENDING

Suspek kes kurung, liwat remaja 14 tahun berjaya diberkas

KUALA LUMPUR - Pemburuan selama lima hari terhadap seorang...

Haroqs hanyutkan coklat ke laut demi anak-anak Gaza

KUALA LUMPUR - Pempengaruh media sosial, Muhammad Hareez Adzrami...

Tiada penyingkiran, Pak Azad & Amarra Sofea terselamat minggu kelima TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan Pak Azad dan Amarra Sofea...

‘Travel around the world’ warnai Hari Guru Sekolah Sultan Alam Shah 2026

PUTRAJAYA - Sambutan Hari Guru peringkat Sekolah Sultan Alam...

Aidiladha di Malaysia disambut 27 Mei ini

KUALA LUMPUR - Umat Islam di seluruh Malaysia akan...