TERKINI
Nasional

Tol percuma sebulan di EKVE sempena bulan kemerdekaan

Nurazmin Afza Oleh Nurazmin Afza
DITERBITKAN 29 Ogos 2025, 4:38 PM
MASA BACAAN 1 minit
Kongsi berita
IKLAN

KUALA LUMPUR – Pengguna Lebuh Raya Lembah Klang Timur (EKVE) bakal menikmati tol percuma selama sebulan bermula esok.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengumumkan perkara itu pada Majlis Pembukaan Seksyen 1, EKVE di sini sebentar tadi.

Menurut beliau, langkah tersebut diambil bersempena sambutan bulan kemerdekaan sebagai tanda penghargaan kepada rakyat.

“Bermula pukul 6 pagi esok (30 Ogos), tol Lebuh Raya EKVE dikecualikan sehingga 30 September 2025,” katanya.

Tol percuma ini dijangka memberi manfaat kepada ribuan pengguna jalan raya yang menggunakan laluan berkenaan setiap hari, sekali gus meringankan beban kos perjalanan.

Tag

IKLAN