Ahad | 11/10/2026 | 8:09:32 am
HomeJenayahPempengaruh ditahan, platform terapung bersama kereta mewah disita APMM

Pempengaruh ditahan, platform terapung bersama kereta mewah disita APMM

KUALA TERENGGANU – Hasrat seorang pempengaruh media sosial untuk menonjolkan binaan platform dua tingkat lengkap dengan set bilik tidur dan sebuah kereta mewah tidak kesampaian apabila diserbu Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di perairan Pulau Bidong, semalam.

Dalam operasi kira-kira jam 6 petang itu, APMM menyita platform terapung berkenaan yang ditunda sebuah bot pada kedudukan 29.63 kilometer dari barat laut perairan Kuala Terengganu.

Pengarah Maritim Terengganu, Kepten Maritim Hamiludin Che Awang berkata, enam individu berusia antara 21 hingga 32 tahun termasuk pempengaruh lelaki tersebut turut ditahan dalam serbuan berkenaan.

RELATED ARTICLES
- Iklan -

Most Popular

Ahad, 11 Oktober 2026 | --:--:-- pagi
CARI DI MYBERITA
|