Dulu sering dipandang rendah, kini Shamil penerima Anugerah Naib Canselor UiTM

SHAH ALAM – Dari seorang pelajar sekolah menengah yang sering berasa kerdil kerana keputusan akademik sederhana, Muhammad Shamil Mohamad Shahir, 23, kini membuktikan bahawa tiada siapa boleh memandang rendah kuasa tekad dan minat.

Anak kedua daripada tiga beradik itu mencatat sejarah peribadi apabila menjadi graduan pertama dalam keluarganya yang berjaya menjejak kaki ke menara gading, malah lebih manis apabila dinobatkan penerima Anugerah Naib Canselor pada Majlis Konvokesyen Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam, 6 September lalu.

Lebih membanggakan, kejayaan itu datang daripada seorang anak seni graduan Diploma Pengurusan Seni UiTM Puncak Perdana, jurusan yang sering dipandang sebelah mata oleh sesetengah pihak.

“Kalau orang lihat kejayaan saya hari ini, mungkin mereka tak tahu cerita di sebaliknya. Saya dulu bukan pelajar cemerlang. Matematik jadi mimpi ngeri, setiap kali keputusan diumumkan saya rasa macam menghampakan semua orang,” katanya ketika ditemui MYBERITA.

Menurutnya, sokongan tidak berbelah bahagi daripada ibu bapa serta keberanian mengejar minat dalam bidang seni menjadi titik perubahan hidup.

Berbekalkan pinjaman PTPTN dan usaha sampingan sebagai content creator di TikTok, Shamil mengharungi cabaran kewangan serta tekanan pembelajaran dengan penuh ketabahan.

“Hari ini saya berdiri dengan bukti bahawa seni itu ada nilainya. Anugerah ini bukan hanya tentang saya, tapi tentang perjalanan panjang seorang anak yang pernah diragui, namun memilih untuk tidak menyerah,” ujarnya.

Kisah Shamil menjadi inspirasi buat ramai pelajar lain, terutama mereka yang sering dianggap ‘biasa-biasa’ dalam akademik.

“Tiada siapa berhak merendahkan cita-cita kita hanya kerana jalan yang dipilih berbeza. Kejayaan tidak datang sekelip mata, tapi ia pasti milik mereka yang berusaha,” tambahnya.

BACA JUGA:  Megat Sharizal puji inisiatif FINAS, nasihat pelajar UiTM terus berkarya
Adam Hafiz
Adam Hafiz
adamhafiz@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...