MFL tegas gantung Sri Pahang, KDA FC, Perak FC daripada Liga M

KUALA LUMPUR – Liga Bolasepak Malaysia (MFL) mengenakan tindakan tegas terhadap tiga kelab ternama apabila Sri Pahang FC, Kedah Darul Aman FC (KDA FC) dan Perak FC masing-masing digantung serta didenda daripada menyertai Liga Malaysia (Liga M).

Menerusi kenyataan rasmi, MFL memaklumkan Sri Pahang FC digantung daripada menyertai semua pertandingan anjurannya selama satu musim bermula 2025/2026 selepas menarik diri daripada saingan Liga M.

Sementara itu, Kedah Darul Aman FC dan Perak FC pula digantung dua musim berturut-turut bermula 2025/2026 hingga 2026/2027 selepas gagal memperoleh Lesen Kebangsaan.

“Menurut Perlembagaan MFL, mana-mana kelab yang menarik diri atau gagal mematuhi peraturan akan hilang manfaat sebagai Rakan Kongsi, selain dilarang terbabit dengan sebarang aktiviti bola sepak di bawah seliaan MFL,” jelas badan pengelola liga itu.

Keputusan tersebut sekali gus memberi tamparan hebat kepada ketiga-tiga kelab yang sebelum ini pernah menjadi antara pasukan bersejarah dalam kancah bola sepak tanah air, khususnya Sri Pahang yang pernah menjulang Piala Malaysia.

BACA JUGA:  Safee Sali umum letak jawatan Presiden PFAM
Ezza Azira
Ezza Azira
ezza@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...