Ahad | 11/10/2026 | 7:24:59 am
HomeJenayah11 pelajar digantung sekolah akibat kesalahan buli, perbuatan tidak senonoh

11 pelajar digantung sekolah akibat kesalahan buli, perbuatan tidak senonoh

MELAKA – Seramai 11 pelajar di sebuah sekolah menengah di negeri ini digantung sekolah selepas terbabit dalam pelbagai kesalahan disiplin serius termasuk kes buli fizikal, perbuatan tidak senonoh dan menghisap rokok.

Perkara itu didedahkan oleh Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri, Datuk Mohd. Noor Helmy Abdul Halem, susulan kebimbangannya terhadap peningkatan kes buli dan salah laku pelajar yang semakin kerap dilaporkan di negeri ini.

Menurut beliau, berdasarkan rekod disiplin dalaman sekolah berkenaan, kesalahan tersebut direkodkan antara Mac hingga Julai tahun ini, membabitkan pelajar dari tingkatan dua hingga tingkatan empat.

Aqilah Khaider
Aqilah Khaider
Penulis dan wartawan MYBERITA yang memberi perhatian kepada berita nasional, komuniti serta perkembangan semasa di seluruh negara.
RELATED ARTICLES
- Iklan -

Most Popular

Ahad, 11 Oktober 2026 | --:--:-- pagi
CARI DI MYBERITA
|