USM Falcons ‘jinakkan’ Ronin untuk rangkul juara Penang Tour 2025

KONGSI

GEORGE TOWN – USM Falcons melakar detik cemerlang apabila muncul juara Kejohanan 4 by 4 Penang Tour 2025 di Juru, selepas mempamerkan kebangkitan dramatik serta disiplin permainan yang memukau sepanjang dua hari kejohanan.

Kemenangan ini menjadi lebih manis apabila Falcons menewaskan Ronin, satu-satunya pasukan yang menundukkan mereka di peringkat kumpulan dengan kemenangan bergaya 25-16, 25-14 pada aksi akhir. Ia bukan sekadar kemenangan biasa, tetapi kisah ‘revenge match’ yang disempurnakan dengan penuh dominasi, sekali gus menonjolkan ketajaman taktikal dan ketahanan mental skuad USM.

Falcons membuka tirai kejohanan dengan sedikit goyah selepas tewas tipis 26-31 kepada Ronin, namun segera bangkit menunjukkan DNA pejuang apabila kembali mencatat kemenangan penting 31-28 ke atas Snowflake untuk mara ke suku akhir.

ARTIKEL BERKAITAN