Ribut petir di Pulau Pinang, Kelantan dan Sarawak hingga malam ini

KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran ribut petir melibatkan hujan lebat dan angin kencang di beberapa negeri di seluruh negara sehingga pukul 9 malam ini.

Menurut kenyataan rasmi yang dikongsi di laman Facebook MetMalaysia, kawasan terlibat termasuk Perlis, beberapa daerah di Kedah seperti Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Kuala Muda, Baling, Kulim dan Bandar Baharu.

Pulau Pinang dan Perak meliputi Kerian, Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar dan Batang Padang.

“Negeri Kelantan yang terlibat adalah Jeli, Tanah Merah dan Gua Musang, manakala Pahang mencatatkan risiko di kawasan Tanah Tinggi Cameron, Lipis dan Raub.”

“Beberapa kawasan di Sarawak termasuk Kuching (Bau dan Kuching), Serian, Samarahan (Simunjan), Sri Aman, Sarikei (Julau), Sibu (Kanowit), Kapit (Song), Miri (Beluru, Telang Usan dan Marudi) dan Limbang turut berada dalam amaran ini.”

“Sabah pula melibatkan kawasan pedalaman, pantai barat seperti Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Ranau, serta Sandakan (Telupid) dan WP Labuan.”

MetMalaysia menjelaskan bahawa amaran ribut petir dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda hujan lebat melebihi 20 mm sejam yang hampir atau dijangka berlarutan lebih sejam. Amaran ini adalah jangka pendek dan sah untuk tempoh tidak melebihi enam jam bagi setiap keluaran.

Orang awam dinasihatkan supaya mengambil langkah berjaga-jaga, terutama di kawasan terbuka dan mengikuti perkembangan cuaca melalui saluran rasmi MetMalaysia bagi mengelak sebarang risiko akibat ribut petir.

BACA JUGA:  Pelajar hampir ditipu RM400 jual baju, rupanya pembeli ‘tertidur’
Ashrul Aizad
Ashrul Aizad
ashrulaizad@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...