Didakwa halang Solat Jumaat, pengasas Gula Cakery tampil bersuara

KUALA LUMPUR – Pengasas Gula Cakery, Arieni Adriena tampil memberikan penjelasan susulan dakwaan tular membabitkan layanan terhadap pekerja termasuk isu larangan menunaikan solat Jumaat.

Menurut Arieni, tindakan diambil melalui Jabatan Tenaga Kerja (JTK) adalah berikutan masalah disiplin membabitkan seorang bekas pekerja yang didakwa hilang tanpa makluman selama tiga hari.

Katanya, individu tersebut masih berada dalam tempoh percubaan ketika kejadian berlaku.

“Isu ini bermula apabila pihak syarikat mengambil tindakan terhadap individu terbabit atas sebab disiplin iaitu missing in action. Ada dalam tiga hari dia hilang.

“Dalam sesi JTK, individu terbabit mengaku di hadapan pegawai bahawa dia tidak masuk kerja. Tindakan kami adalah prosedur biasa syarikat untuk menuntut ganti rugi notis dan bukan berniat menganiaya,” katanya.

Tambahnya, bekas pekerja itu pada awalnya diminta membuat bayaran sebanyak RM2,000 sebagai ganti notis.

Bagaimanapun, Arieni berkata pihaknya mengambil keputusan untuk menarik semula tuntutan tersebut atas dasar keprihatinan sempena bulan Ramadan.

“Di bulan Ramadan ini, saya memutuskan untuk tidak meneruskan bayaran ganti notis sebanyak RM2,000 kepada individu terbabit,” ujarnya.

Dalam pada itu, Arieni turut menafikan dakwaan bahawa syarikat melarang pekerja lelaki menunaikan solat fardhu termasuk solat Jumaat.

Katanya, tuduhan tersebut disifatkan sebagai tidak berasas dan memberi kesan kepada imej syarikat sebagai perniagaan milik Muslim.

“Tiada sebarang garis panduan atau arahan, sama ada lisan atau bertulis yang melarang kakitangan lelaki menunaikan solat fardhu mahupun solat Jumaat.

“Tuduhan bahawa syarikat menghalang ibadah adalah satu fitnah yang sangat berat. Kami tidak akan berkompromi dalam mempertahankan maruah syarikat,” ujarnya.

Mengulas lanjut, beliau turut menafikan dakwaan lain berkaitan kebersihan, tuntutan perubatan serta pengurusan pekerja asing, sambil menegaskan pihaknya sentiasa mematuhi undang-undang buruh dan piawaian keselamatan makanan.

BACA JUGA:  Papan tanda Bahasa Cina di Port Dickson cetus kontroversi

Menurutnya, semua dokumen berkaitan telah disediakan untuk dibawa ke sesi bicara seterusnya yang dijadualkan pada 28 April ini.

“Pihak kami tidak akan tunduk kepada sebarang bentuk provokasi atau ugutan yang bertujuan untuk mengelak tanggungjawab undang-undang,” katanya.

Terdahulu, tular satu hantaran oleh seorang bekas kakitangan sebuah syarikat bakeri yang mendakwa majikan tidak membenarkan pekerja menunaikan solat Jumaat selain mempersoalkan aspek kebersihan serta kualiti makanan yang dihasilkan. -MYBERITA

Syahirah Zakaria
Syahirah Zakaria
syahirahzakaria@portalmyberita.com

TRENDING

TARUNG: Unforgiven catat kutipan RM10.5 juta dalam seminggu tayang

KUALA LUMPUR - Filem aksi tempatan, TARUNG: Unforgiven terus...

Giliran Fazley Yaakob, Fariedz pula tersingkir konsert minggu keempat TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan bintang program realiti Talk To...

Kes hina Sultan Selangor, “Bukan tangkap hari ini, esok terus tuduh” – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang melengkapkan...

Kes gadis ditikam 61 kali, dakwaan suspek ada kaitan polis tidak benar – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri...

KJ cadang GST dikembalikan, nama ‘Madani Tax’ pun boleh

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berpandangan...