Demam konsert ‘Rumah Hati’ Fabio Asher & Nadhif Basalamah, 80 peratus tiket dah ‘sold out’

KONGSI

KUALA LUMPUR – Fenomena penyanyi Indonesia Fabio Asher dan Nadhif Basalamah terus mencetuskan keterujaan peminat di Malaysia apabila lebih 80 peratus tiket konsert Rumah Hati Fabio Asher & Nadhif Basalamah Live in Kuala Lumpur telah pun habis dijual.

Sejak jualan tiket dibuka, sambutan yang diterima amat memberangsangkan apabila beberapa kategori tiket dilaporkan habis dalam tempoh singkat. Ketika ini, hanya kategori CINTA masih tersedia untuk peminat yang masih belum mendapatkan tempat.

Konsert yang dijadualkan berlangsung pada 26 Julai 2026 di Mega Star Arena, Kuala Lumpur itu turut mencatat sejarah tersendiri kerana menjadi penampilan sulung kedua-dua penyanyi berkenaan di Malaysia. Ia sekali gus menjadikan acara ini sebagai momen yang dinanti-nantikan peminat setia mereka.

ARTIKEL BERKAITAN