Rosmah saman Harith Iskander, dakwa lawak pentas cemar reputasi

Rosmah saman Harith Iskander, dakwa lawak pentas cemar reputasi
Rosmah, 74, memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 Jun lalu menerusi Tetuan Hafarizam & Aisha Mubarak dengan menamakan Harith Iskander Musa, 60, sebagai defendan. Mahkamah menetapkan pengurusan kes seterusnya pada 31 Julai ini.
KONGSI

KUALA LUMPUR – Datin Seri Rosmah Mansor mengambil tindakan undang-undang terhadap pelawak terkenal Harith Iskander selepas mendakwa persembahan komedi berdiri yang dipersembahkan awal tahun ini telah mencemarkan reputasi serta mengandungi unsur penghinaan fizikal terhadap dirinya.

Rosmah, 74, memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 Jun lalu menerusi Tetuan Hafarizam & Aisha Mubarak dengan menamakan Harith Iskander Musa, 60, sebagai defendan. Mahkamah menetapkan pengurusan kes seterusnya pada 31 Julai ini.

Menurut penyataan tuntutan, Rosmah mendakwa persembahan bertajuk Harith Iskander: The Outspoken Comedy Tour yang berlangsung di sebuah hotel pada 17 Januari lalu telah memaparkan imej serta kenyataan yang didakwa membawa maksud fitnah terhadap dirinya di hadapan khalayak ramai.

ARTIKEL BERKAITAN