Jumaat | 25/09/2026 | 10:25:39 am
HomeMahkamahRais Yatim tiba di mahkamah, berdepan prosiding berkaitan Akta Hasutan

Rais Yatim tiba di mahkamah, berdepan prosiding berkaitan Akta Hasutan

MELAKA – Kemelut membabitkan institusi diraja Negeri Sembilan memasuki episod perundangan apabila bekas Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr. Rais Yatim tiba di Kompleks Mahkamah Ayer Keroh di sini, pagi ini, bagi menghadapi prosiding berkaitan Akta Hasutan 1948.

Rais tiba kira-kira pukul 8.40 pagi dengan ditemani isterinya, Puan Sri Masnah Muhamat serta anaknya, Danni Rais yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klawang.

Beliau dijadualkan hadir di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Raja Noor Adilla Raja Mahyaldin.

Prosiding berkenaan dipercayai mempunyai kaitan dengan kemelut institusi diraja Negeri Sembilan susulan majlis pemasyhuran Tunku Nadzaruddin Tuanku Ja’afar sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-12 di sebuah hotel di Alor Gajah pada 5 Jun lalu.

Rais sebelum ini dilaporkan hadir pada majlis berkenaan dan kemudiannya memberitahu media bahawa proses tersebut dilaksanakan mengikut adat negeri.

Bagaimanapun, kesahihan pemasyhuran itu kemudiannya dipertikaikan, dengan Dewan Keadilan dan Undang menegaskan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir kekal sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang sah dan tiada kekosongan bagi jawatan berkenaan.

Setakat pagi ini, butiran penuh pertuduhan yang bakal dihadapi Rais masih belum diumumkan secara rasmi.

Berita selanjutnya menyusul. – MYBERITA

Wartawan MYBERITA
Wartawan MYBERITAhttps://portalmyberita.com/
Wartawan MYBERITA membawakan laporan berita semasa, nasional dan perkembangan terkini dari seluruh Malaysia dengan penyampaian yang pantas, tepat dan mudah difahami.
RELATED ARTICLES
- Iklan -

Most Popular

Jumaat, 25 September 2026 | --:--:-- pagi
CARI DI MYBERITA
|