Isnin | 12/10/2026 | 12:01:31 am
HomeEkonomiBelanjawan 2027Elaun murid pendidikan khas naik RM200, 150,000 bakal terima manfaat

Elaun murid pendidikan khas naik RM200, 150,000 bakal terima manfaat

KUALA LUMPUR – Seramai 150,000 Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) di seluruh negara bakal menerima elaun bulanan sebanyak RM200 berbanding RM150 sebelum ini menerusi peningkatan bantuan yang diumumkan dalam Belanjawan 2027.

Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kenaikan sebanyak RM50 sebulan itu turut memberi manfaat kepada kanak-kanak autistik sebagai sebahagian daripada usaha kerajaan memperkukuh sokongan terhadap golongan berkeperluan khas.

Menurut beliau, kebajikan tenaga pengajar turut diberikan perhatian apabila Insentif Pengajaran Murid Berkeperluan Pendidikan Khas bagi 20,000 guru pendidikan khas dinaikkan daripada RM250 kepada RM300 sebulan.

Wartawan MYBERITA
Wartawan MYBERITAhttps://portalmyberita.com/
Wartawan MYBERITA membawakan laporan berita semasa, nasional dan perkembangan terkini dari seluruh Malaysia dengan penyampaian yang pantas, tepat dan mudah difahami.
RELATED ARTICLES
- Iklan -

Most Popular

Isnin, 12 Oktober 2026 | --:--:-- pagi
CARI DI MYBERITA
|