Tragedi UPSI: “Bas laju waktu turun bukit, saya keluar dari lubang kecil lepas bas terbalik”, mangsa kongsi detik cemas

GERIK – “Saya keluar dari lubang kecil selepas bas terbalik. Keadaan gelap menyebabkan saya tak dapat bantu rakan-rakan walaupun mendengar jeritan mereka.”

Demikian luahan penuh emosi Nur Irdina Huri, 22, salah seorang mangsa yang terselamat dalam nahas membabitkan pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) awal pagi tadi.

Menurut pelajar jurusan Pendidikan Awal Kanak-kanak itu, dia masih terjaga ketika kejadian berlaku dan mula menyedari sesuatu tidak kena apabila bas dinaiki bersama rakan-rakan mulai berbau hangit serta dipandu laju menuruni jalan berbukit di lokasi kejadian.

“Bas terhuyung-hayang sebelum tiba-tiba terbalik. Semuanya berlaku terlalu pantas. Saya berjaya keluar menerusi satu lubang kecil di bahagian sisi, tapi saya tak dapat bantu rakan-rakan lain walaupun dengar mereka menjerit minta tolong. Masa tu sangat gelap dan kami semua dalam keadaan panik,” katanya ketika ditemui di Hospital Gerik, hari ini.

Nahas yang berlaku kira-kira jam 1 pagi itu turut melibatkan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Perodua Alza yang dipercayai berada di laluan sama, dari Jeli, Kelantan menuju ke Gerik.

Setakat ini, pihak berkuasa mengesahkan seramai 15 individu terkorban dalam tragedi menyayat hati itu, manakala beberapa lagi dilaporkan cedera dan menerima rawatan di hospital berdekatan.

Nur Irdina memaklumkan dia mengalami kecederaan di bahagian pinggang dan kaki kirinya terseliuh akibat impak kemalangan.

Difahamkan, semua mangsa terlibat dalam program luar kampus dan sedang dalam perjalanan pulang ke Tanjung Malim selepas menyertai program kebajikan di Kelantan.

Pihak polis dan pasukan penyelamat masih giat menjalankan siasatan dan operasi mencari serta menyelamat di lokasi kejadian.

BACA JUGA:  Rasa nak muntah, makanan bazar Ramadan didakwa berbau masam & mentah
Aqilah Khaider
Aqilah Khaider
aqilahkhaider@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...