[VIDEO] Murid tabika cedera dilanggar van sekolah depan rumah

SEREMBAN – Seorang murid tabika lelaki berusia enam tahun cedera selepas dilanggar van sekolah yang dinaikinya sendiri di hadapan rumahnya di Taman Mantau Indah 3, di sini, Isnin lalu.

Menurut sumber, kejadian berlaku kira-kira pukul 11.50 pagi ketika mangsa sedang dihantar pulang oleh pemandu van berkenaan, seorang wanita berusia lingkungan 30-an.

“Sebaik mangsa turun dari kenderaan dan berjalan di hadapan van sekolah tersebut, pemandu dipercayai tidak menyedari kehadiran mangsa lalu melanggar kanak-kanak itu hingga terjatuh,” katanya.

@insp_nidzam

KEJADIAN DI TAMAN MANTAU INDAH 3, SEREMBAN 2. BERLAKU BUKAN PADA ORANG LAIN TAPI ANAK@BUAH SAYA SENDIRI. TUNGGU PART 2 APA YANG BERLAKU

♬ som original – No-Copy Soundtracks

Akibat kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan di bahagian kepala serta calar-calar di kaki dan tangan. Mangsa kemudiannya dikejarkan ke Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) di Seremban untuk menerima rawatan lanjut.

Pemandu van bagaimanapun dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan. Kes berkenaan kini dalam siasatan pihak berkuasa bagi menentukan punca sebenar kejadian.

BACA JUGA:  Pemandu trak FRU disahkan maut, jumlah korban meningkat kepada sembilan orang
Raihan Hazizi
Raihan Hazizi
raihanhazizi@portalmyberita.com

TRENDING

Kes hina Sultan Selangor, “Bukan tangkap hari ini, esok terus tuduh” – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang melengkapkan...

Kes gadis ditikam 61 kali, dakwaan suspek ada kaitan polis tidak benar – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri...

KJ cadang GST dikembalikan, nama ‘Madani Tax’ pun boleh

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berpandangan...

Malaysia perkukuh peranan ASEAN hadapi krisis tenaga global – Anwar

KUALA LUMPUR - Malaysia terus komited memperkukuh peranan dalam...

“Pahang wajar diberi layanan saksama” – Tengku Hassanal

KUANTAN - Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah menzahirkan harapan...