Warga emas didakwa atas kesalahan rogol cucu saudara

KUALA LUMPUR – Seorang duda kematian isteri mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di Butterworth Jumaat ini atas pertuduhan merogol cucu saudaranya yang berusia sembilan tahun antara tahun 2022 hingga 2023.

Tertuduh, Sabri Saidin, 67, yang juga pesara kerani sekolah, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Nor Azah Kasran dan memohon kesnya dibicarakan.

Mengikut pertuduhan, bapa kepada empat anak itu didakwa melakukan perbuatan tersebut di sebuah rumah di Permatang Kerai Besar, Kepala Batas, dalam tempoh berkenaan.

Pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum 10 tahun dan maksimum 30 tahun serta sebatan, jika sabit kesalahan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Rifaie Mohamed Riyaludin, manakala tertuduh diwakili peguam Yazid Khairul Azman dan Ismat Arif Abu Hassan.

Muhammad Rifaie memohon agar tiada jaminan diberikan memandangkan tertuduh mempunyai hubungan rapat dengan mangsa sebagai datuk saudara dan kediaman mereka yang berhampiran berisiko menimbulkan gangguan terhadap mangsa.

Namun, pihak pembelaan merayu agar jaminan dibenarkan atas alasan tertuduh menghadapi masalah kesihatan, memerlukan rawatan berkala di hospital, dan mengalami masalah pendengaran.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM12,000 dengan seorang penjamin, selain syarat tambahan iaitu melapor diri di balai polis setiap bulan serta dilarang mengganggu mangsa dan saksi pendakwaan sehingga kes selesai.

Kes akan disebut semula pada 24 September depan bagi mendapatkan laporan perubatan tertuduh.

BACA JUGA:  \'Stress\' belajar, calon SPM tergamak tikam ibu, abang kandung
Hazriena Hamdan
Hazriena Hamdan
hazriena@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...