TERKINI
Pendidikan

PTPTN sahkan dasar pengecualian bayaran pinjaman tidak pernah ditarik balik

Ezza Oleh Ezza
DITERBITKAN 18 Ogos 2025, 1:54 PM
MASA BACAAN 1 minit
Kongsi berita
IKLAN

KUALA LUMPUR – Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menegaskan bahawa dasar pengecualian bayaran balik pinjaman bagi graduan Ijazah Kelas Pertama masih kekal berkuat kuasa dan tidak pernah ditarik balik.

Pengerusi PTPTN, Datuk Seri Norliza Abdul Rahim berkata, graduan yang memenuhi syarat tetap layak menerima pengecualian tersebut.

“PTPTN kini sedang menaik taraf sistem dan ia akan dibuka semula sepenuhnya pada 1 September 2025. Permohonan pengecualian boleh dikemukakan selepas tarikh tersebut,” katanya dalam satu kenyataan rasmi di Instagram hari ini.

Beliau berharap penjelasan itu dapat memberi kelegaan kepada para graduan yang terkesan.

“PTPTN akan terus komited melaksanakan amanah pendidikan negara,” ujarnya.

Tag

IKLAN